Wednesday, October 14, 2015

Kerana 'mention' setitik, rosak 'move on' sebelangga

Yeah this is the second time I write about si dia...

I just wonder, you know that I'm always stalking you right? Then, why you not block me or make your account privately. I realise sometimes I try to stop my habit, deactivated my account but I still remember you even you are just nothing for me. I need to move on. Please sedar kan I! Please make myself busy at all!

Yeah now I'm intern at somewhere, a private sectors media agency. I love my job because it sometimes give me a good lesson that in my class can't give and I'm excited to experience handle some account even just half way haha.

Back to you, I remember what you wrote in your social network, seem like you had high ambitions but why you are still there. In the safe mode. I mean did not you want to experience something more challenge. What in your mind?

I just wondering!?

Thursday, August 20, 2015

FORM 1 IN THE BEGINNING OF LIFE

2005

10 tahun lalu, aku memasuki sekolah menengah a.k.a alam persekolahan yang belum tentu semua orang dapat rasai mungkin sama tetapi berbeza jalan cerita kita. Sayangnya tiada catatan aku semasa disini tetapi aku akan menulis mengikut daya ingatan aku hahaha

SMK PUNCAK ALAM

Sekolah menengah yang baru ditubuhkan pada tahun sebelumnya, pengetua sekolah itu adalah Puan Rozainun. Beliau sangat terkenal dengan kegarangannya tapi berjaya membawa nama sekolah dalam sekelip mata. I'm proud with you.

1 UiTM

Ini nama kelasku. Disini kami menggunakan nama-nama universiti sebagai nama kelas. Sepatutnya aku adalah kelas kedua tapi oleh disebabkan wujudnya kelas KRK (kelas rancangan khas) kelas aku dikategorikan sebagai kelas ketiga tapi bagi kelas aliran biasa kelas aku adalah kelas pertama, mungkin...
Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik mengenai NAMA UiTM ini, sedar tak sedar sekarang aku adalah salah seorang penuntut di universiti ini. Mak aku pernah kata, aku pernah menyatakan semasa kami sekeluarga lalu di sebelah UiTM Shah Alam, "hah, ni lah U kak ika". tak ku sangka kata-kata yang ku anggap main-main itu menjadi kenyataan bagi aku, aku sering mendapat kelas UiTM dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

KELAS

Disini kami menggunakan sistem yang bagiku aneh tapi menarik. Kami tiada kelas yang sebenar haha pelikkan. Jika nak ke kelas Bahasa Melayu, pergi ke kelas Bahasa Melayu. Jika nak ke kelas Matematik, pergi ke kelas Matematik. Kesimpulannya kami akan menggendong bag kemana sahaja. Tapi tak pula ku ingat masa rehat, beg letak kat mana? Ke ada almari disediakan masa tu?

SESI PERSEKOLAHAN

Sesi persekolahan adalah satu sesi sebab kitoang tak ramai. Kebanyakan student SMKPA adalah dari sekolah Felda, SKPA1 dan 2. So, aku dapat menghabiskan waktu petangku dengan menonton TV, tidur atau menyiapkan kerja sekolah. Nak ulang kaji memang taklah haha

KAWAN

Seingat aku, aku rapat dengan Seri pada masa itu, kawan aku yang aku kenal sejak sekolah rendah tapi tak rapat manapun dulu tetiba sekolah mengah satu kelas duduklah sebelah meja. Selain dia, aku masih lagi bertegur sapa dengan kawan-kawan sekolah rendah aku. Setiap pagi, sebelum lonceng berbunyi kitorang akan berkumpul di tepi bangunan sekolah dan berceloteh, cerita yang tak habis dari semalam-semalam akan dibawa ke esok-esok.

CRUSH

Yeah... perenggan yang ditunggu-tunggu semua apabila membaca. Ya, tipu kalau aku tak suka sesiapa disini, tetapi siapalah aku yang melukut ditepi gantang hahaha pahe ke makna peribahasa ni ika, sukati je guna. Dulu aku tamak, aku suka kat tiga orang budak, siap hantar surat, mintak biodata bagai. Zaman budak-budak hingusan macam tulah hahaha mana ada Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter macam sekarang. Sekejap je dah boleh stalker-stalker orang.
Smartphone pun takde. yang ada masa tu Friendster ngan MySpace. Maaf. masa ni aku zaman batu lagi tak tau pape, muka suci so aku tak tau apa tu laman-laman sosial ni.

Wednesday, July 08, 2015

Saya nampak awak, awak nampak saya?

Saya nampak awak, awak nampak saya? Tak kan... tak kan... Cerita ni khas pasal si dia. Si dia yang ku pandang dari sisi tapi dia membalasnya dengan sepi.
Sebenarnya takde sebab pun nak suka dia gila-gila, awak bukan taste saya pun tapi bila dah selalu memerhati lama-lama jatuh hati. Aigo..Bianie
PART 5- Tinggal lagi satu paper to go and did you realise that, this is the last time I can meet her. Lepas ni dah takyah risau lah lagi pasal budak perempuan yang tak tahu malu ni hahaha. Sedeh lah kau piqah.
PART 2- Aku mula kenal nama dia masa part two, kita berlainan sequence tapi sering sekelas, kebetulan. Ntah macam mana tuhan tu buka hijab mata aku dan aku nampak dia dalam hati ku haha jiwang plak ayat ni.
PART 1- Serius kita pernah sekelas masa part one tapi aku tak perasan pun akan si dia.
PART 3- Silap aku sebab aku cerita kat kawan aku yang aku suka dia, aku fikir dorang tak amik port sangat. Tak sangka kawan aku bagitahu pada kawan sekelas dia dan aku tak sangka gak lah kawan sekelas dia tu pun rapat ngan dia haha. Apa aku merepek ni haha
For your information, Aku amik subject minor iaitu subject sequence dia bukan sebab dia atau sesiapa sebab aku memang dah niat nak amik since semester satu ek dan aku amik third language tu bukan sebab dia juga tapi sebab aku memang suka anime, bukan sebab dia. Kebetulanlahkan kita sekelas lagi haha.
PART 4- Masa part four tu, aku tahu aku tahu dah kantoi~~ acaner aku tahu? Sebab aku ada satu group ngan sorang girl ni dan dia selalu mengagung-agungkan nama si dia, haha bombastic betul ayat aku haha
pastu masa ada satu kali tu nak buat assignment group, girl ni bagi tahu kat kawan dia yang si dia dah tahu, siapa yang bagitahu? Kawan sekelas dia tu lah and masa tu gak aku buat kesimpulan yang si dia pun mesti tahu pasal aku kan.
Masa tu jugalah aku yang muka suci ni haha sedar yang dia memandang sepi pada ku. Sedarlah pika sebelum terlambat... Rasa ini dah berakhir, dia pun dah buat statement (tiba-tiba) dia suka kat perempuan lain.
p/s: Maaf nama-nama diatas terpaksa dirahsiakan tapi sapa yang mengenali diri ini dan tahu siapa pemegang watak-watak di atas, takyah lah heboh kan ke satu dunia. Cukup sekadar perkongsian sesedap rasa hati.

Thursday, July 02, 2015

Memandang awan senja

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Itu bait-bait lagu Joe Flizzow ft. Sona One Apa Khabar.
Lama dah tak mejengah blog ni. Sedar tak sedar sekarang dah minggu exam, dan waktu sentiasa terhitung untuk aku di sini sebelum memulakan internship ku.
Sedarkah dikau sesungguhnya aku takkan ketemu dengan semua yang aku kenali disini, macam lagu ni. Kita semua akan bawa haluan masing-masing dan andai kita berjumpa lagi belum tentu kita akan semesra dahulu, pasti rasa kekok.
Percayalah pada waktu itu, sedikit demi sedikit memori antara kita akan terhakis seperti aku memandang awan senja. Masih ingatkah dikau langit cerah berawan biru kita dahulu.
Sudah sampai masa ku dipelabuhan ini untuk aku melepaskan segala-galanya. Selamat tinggal kawan. Semoga kenangan kita tempuhi susah senang bersama semenjak awal semester satu akan kekal abadi dalam memori ini.

Wednesday, June 10, 2015

Malam Pra Graduan Road To Jalan Ampas

Malam pra graduan ni untuk part 5 je. Yelah sem depan dah praktikal pastu keje. So memang taklah dapat jumpa dengan yang lain-lain.

Event ni buat kat de palma hotel, shah alam Huhu semua datang cantik bergaya, aku je lari tema haha. Lantaklah aku punya sukalah..

Overall so so lah this program sebab tak ramai yang join, tapi iqa join ek hehe.

Layan gambar lah ↓

Sunday, May 24, 2015

My sixth sense

Eagle eyes .
You could have the ability to see details that the normal eye could not. The biggest part of it is that you're able to sense things like personalities or emotion through sight.

Banyak-banyak personality test yang iqa buat, yang ni paling interesting. So I would share here haha.

For me, this test paling kena dengan diri iqa. First time iqa nampak seseorang tu, iqa dah boleh jangka personality dia macam mana. Tapi bak kata orang tak kenal maka tak cinta.. Boleh jadi tekaan iqa salah but mostly is true haha.

Mungkin roh kita pernah bertemu dulu disyurga. Sebab tu lah iqa rasa iqa tahu awak awak orang ni macam mana dengan sekali pandang je kan haha. Gelak lagi.

Tu je nak share. Quote for to day ↓

Saturday, May 09, 2015

Finishing School

Tadi ada program finishing school iaitu program kemahiran insaniah or KI. Kat UiTM memang wajib amik kalau tak, tak boleh graduate tau. Ntah kenapa rasa malas giler nak pakai baju kurung. So iqa just pakai kemeja biru kotak-kotak ngan seluar jeans. Overall program berjalan lancar, biasalah students masscom datang lambat itu adalah perkara biasa haha

Sebenarnya ada satu hal yang mencuri tumpuanku. Hari ni yang kene attend programme semua sequence part 5 should spouse to be 250 orang tapi macam tak semua yang hadir. Lantaklah yang pasti aku datang sebab aku tak nak cari masalah di masa akan datang.

Back to my story masa tengah Q&A session ceramah pagi tu, iqa rasa nak ke toilet. So tanpa peduli orang sekeliling terus keluar. Masa sampai kat lif, blank... Eh toilet girl kat mana ek?! Hampir-hampir nak masuk toilet lelaki huhu Sebab dah tak tahan sangat ada sorang lelaki ni lalu, iqa tanya jew tanpa segan silu. 

Pas balik tu, Q&A session still on going. Adalah guy ni bagi pendapat dia kat penceramah. Dan bila iqa pandang that guys, iqa ternampak budak yang iqa selalu ushar. Yang tak leh blahnya si dia pun pandang iqa balik.

Alamak I'm caught in!!!

Iqa paling muka iqa dari terus memandang dia tapi iqa terfikir mungkin dia pandang orang lain haha so iqa pandang balik kat si dia, nampak dia senyum.. tak tau dia senyum pada siapa. Iqa pura-pura gelak dan senyum dengar budak laki yang bagi pendapat tu seperti eh takdelah aku mana pandang kau, aku pandang budak yang tengah bercakap tu.. Hah macam tulah perasaan I.

tak lama pastu rest, around 1 - 2.30 pm. Masa iqa datang balik kat dewan kuliah tu, counselor tu dah datang. Ah lantaklah, lebih baik aku lambat dari aku tak datang langsung. Iqa nampak si dia masuk dewan ngan bawak kertas A4, rupa-rupanya kita orang akan buat aktiviti. 

Si dia diminta untuk agih-agihkan kertas A4. Masa tu iqa duduk tempat lain dengan dak sequence publishing, dorang ni memang gila-gila sikit. Masa si dia lalu sebelah kita orang, iqa terdengar dia tanya.. Dah dapat ke.? Oh my God. I got butterfly in my stomach again!

Somehow, aktiviti yang dilakukan, kita orang kene tampal kertas A4 kat belakang badan dan tulis perception kita pada kertas kat badan kawan kita tu. Dorang pun tulis gak kat iqa.

This is perception dorang terhadap iqa. haha ↓


 

Thursday, May 07, 2015

Writing Test Third Language

Yak's pagi-pagi datang je kelas dah ada orang curi tempat duduk kite.

So duduklah sebelah sorg dak laki nie.. Hah nak dijadikan cerita tak bawak pen walau sebatang pun. Pinjam lah dengan budak tu..

Pastu kitaorang ada writing test bahasa jepun. Oleh sebab aku duk sebelah budak tu, aku tanyalah kalau-kalau aku tak tahu jawapan nanti aku nak tiru. (Cakap directlah nie)

Pastu tak lama sebelum test start dia duk depan. So sebelah aku kosong... Yak's annoying nye!

Alhamdullilah soklan dia 90% senang je dan boleh jawab without aku meniru sesiapa ek!. So aku orang kedua keluar kelas huhu

Quote from me;
Trust yourself first before you refer other people answer.
I know I can do it, after open the first paper.

Best Presenter

Yeah... I'm so happy today because I'm the best presenter on assignment makeover brand name class Ad Management. We do Proton company.

Somehow it a little bit funny because I just present introduction and background company only. That was just two slide okay! Maybe I had attract an attention at the whole class even I'm just reading but I use body language also.

This the present that I got in this class:
^_^

Thursday, April 30, 2015

Finaly Done n_nv

Techlast Launch settle √
1030 | hantar air mineral kat event
1130 | makanan crew sampai
1200 | beli extra cawan plastik
1220 | serve makanan crew
1330 | makanan VIP sampai
1430 | programme start
1500 | isi air minuman untuk media and VIP
1515 | serve VIP and media
1545 | kemas barangan catering

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Haha somehow mulanya memang macam takde mood nak datang pasal tak leh nak let go dengan hal semalam. Tapi terfikir, air mineral and duit catering still pada iqa. It's mean I need to go there.

BTW, malu gak lah sebab semua orang pakai tudung hitam. Just only me pakai tudung oranges, ah lantak lah haha. Being different than other, so people can see me haha.

Surprised, macam takde pape yang berlaku pada hari sebelumnya. Mereka tegur iqa macam biasa huhu. I means it a good lah. Cerita semalam habis semalam lah  

Overall I'm satisfied with this event even hujan ribut bagai, crowd tak ramai sangat but media and lecture's is enough to cover the hole of event.

Somehow new issue plak timbul dalam group WhatsApp, where the tablet going? Sapa yang pegang... Actually client give us 9 tablet but out of 3 is giving to media, dean and VIP. So 6 tablet yang tinggal akan dijual and duit tu either akan diagihkan or makan dinner.


P/s: happy happy jugak esok test oral bahasa jepun. Iqa-san, gambatte kudasai.

Picture quote;

Wednesday, April 29, 2015

AKU INGIN NANGIS

Yesterdays, something was distraction me. I hope I can forget it but till the end, I can't sleep anymore.
Nak tahu kenapa? Somehow aku cuba untuk jadi baik tapi tak semua inginkannya. Kenapa hidup ni suka menindas dan tertindas.

Bagi aku berlaku jujur itu adalah kelemahan aku. Rasa seperti tidak diterima disini tapi buat-buat tak nampak aje...

Aku tak suka orang yang cakap belit-belit. Straight forward tanya apa silap aku, takyah nak malukan aku dalam group pun. Kalau ye kau tuju benda tu pada aku, takyah nak kecoh dalam group... Buat orang yang lain membaca sakit hati sahaja. Pasti mereka akan mengata aku dalam group lain. Memang itu yang kau inginkan. Bercakap seperti orang yang takde iman.

Tambahan pula, aku tanyakan balance tu nak buat apa-apa lagi ke lucky draw ke... TAKKAN! Bagi sahajalah pada yang memerlukan. Kau sendiri yang kata TAK NAK sebab kau BARU BELI YANG BARU HARGA RM26.50, so perlu ke nak kecoh lagi... Saja nak tunjuk kuasa. Over!


Picture quote;

Wednesday, April 22, 2015

Cuti Mid-Sem vs Flu

Cuti oh cuti,
Seronoknya bercuti,
Cuti oh cuti,
Boleh golek-golek senang hati,
Cuti oh cuti,
Walaupun sekejap tapi nikmatnya dirasai...
Haha (sorry aku merepek) 

---> nak sambung lagi ke.?

Cuti oh cuti, haha
Biar suka tapi sepi,
Cuti oh cuti,
Banyak assignment tak siap lagi,
Cuti oh cuti,
Sakit pulak kite ni..

Haha sudah-sudah. Suka yew korang acah-acah dikir barat plak. Kau fikir aku tak nampak, hahaha gurau kasar sahaja. Maafkan saya.

2340 | Banyak perkara yang perlu difikirkan, banyak jua yang menanti. Banyak halangan yang mendatang, banyak jua rintangan yang terpaksa ditempuhi. Jauh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Halahai bajet- bajet peribahasa plak kita.

Nota kaki kata I feel not well but I still need to finish my assignment What done must be done.
Pergh... Belambak assignment menanti weh! Nota pun tak buat lagi, mid test selambak halahai ( iqa mengeluh lagi ) 

Quotes:
  • If you wait for perfect conditions, you'll never get anything done. ( Ecclesiastes, 11:4-6 )
  • Success never comes to look for you while you wait around. You’ve got to get up and work at making your dreams come true. (Poh Yu Khing)
  • Success will never wait for you, it always run from you, catch it before it go. (Syafiqah Nasir)

Monday, April 20, 2015

Techlast Product Launch

Let support us!!
Soft launch Teclast
#freedomtochoose
Dataran S&T, Faculty Engineering, UiTM Shah Alam
29 April 2015
2 - 4 pm

 

  • https://www.facebook.com/issyasyazika/videos/vb.100001108448988/876878152359125/?type=2&theater&notif_t=like
 

Tuesday, April 14, 2015

Masihkah ada ruang untukku.?

Pejam celik pejam celik, sudah semester ke-5 aku di sini. Alhamdulillah aku masih boleh bertahan, bangga sekejap dgn dri ini

Sem depan dah intern, that mean this semester is my last semester. So, xkan still nak berada ditakuk lama. Berubahlah pyka, xde istilah dah terlambat.

So, dengan azam baru dan semangat baru dimana semua orang dah xde samangat dan hanya menunggu habisnya waktu. Aku rajin kan diri aku untuk membuat nota dan siapkan assignment sebelum orang lain start buat lagi. Gigih x aku. Tambahan pula aku dapat kolej Mawar sem ni dan jadual aku yg mcm hapa2 tu, kls byk wktu ptg n seketol2, somehow aku ada banyak masa di siang hari.
 
BTW, penyakit lama aku dtg balik... Ketagihan game, oh damn. Somehow, wlaupun ak asik main game more than 3 hours, but I'm able to do my assignment in one hour. That totally weird!
This semester gak aku dh banyak delete account laman sosial. Knp? Bg aku benda tu hanya buat aku lara. Somehow, maen game tu xlara lah pyka haha
^_^

Nota kaki: STEP FORWARD = WE MUST MOVE QUICKLY
  • The first step toward success is taken when you refuse to be a captive of the environment in which you first find yourself. Mark Caine
  • A journey of a thousand miles starts with a single step. Laozi, Tao Te Ching, Ch.64, line 12
The very word "exist" derives from "to step forth, to stand out". Erik Naggum
  • Take a deep, move forward and let it happen natural. Syafiqah Nasir