Wednesday, July 08, 2015

Saya nampak awak, awak nampak saya?

Saya nampak awak, awak nampak saya? Tak kan... tak kan... Cerita ni khas pasal si dia. Si dia yang ku pandang dari sisi tapi dia membalasnya dengan sepi.
Sebenarnya takde sebab pun nak suka dia gila-gila, awak bukan taste saya pun tapi bila dah selalu memerhati lama-lama jatuh hati. Aigo..Bianie
PART 5- Tinggal lagi satu paper to go and did you realise that, this is the last time I can meet her. Lepas ni dah takyah risau lah lagi pasal budak perempuan yang tak tahu malu ni hahaha. Sedeh lah kau piqah.
PART 2- Aku mula kenal nama dia masa part two, kita berlainan sequence tapi sering sekelas, kebetulan. Ntah macam mana tuhan tu buka hijab mata aku dan aku nampak dia dalam hati ku haha jiwang plak ayat ni.
PART 1- Serius kita pernah sekelas masa part one tapi aku tak perasan pun akan si dia.
PART 3- Silap aku sebab aku cerita kat kawan aku yang aku suka dia, aku fikir dorang tak amik port sangat. Tak sangka kawan aku bagitahu pada kawan sekelas dia dan aku tak sangka gak lah kawan sekelas dia tu pun rapat ngan dia haha. Apa aku merepek ni haha
For your information, Aku amik subject minor iaitu subject sequence dia bukan sebab dia atau sesiapa sebab aku memang dah niat nak amik since semester satu ek dan aku amik third language tu bukan sebab dia juga tapi sebab aku memang suka anime, bukan sebab dia. Kebetulanlahkan kita sekelas lagi haha.
PART 4- Masa part four tu, aku tahu aku tahu dah kantoi~~ acaner aku tahu? Sebab aku ada satu group ngan sorang girl ni dan dia selalu mengagung-agungkan nama si dia, haha bombastic betul ayat aku haha
pastu masa ada satu kali tu nak buat assignment group, girl ni bagi tahu kat kawan dia yang si dia dah tahu, siapa yang bagitahu? Kawan sekelas dia tu lah and masa tu gak aku buat kesimpulan yang si dia pun mesti tahu pasal aku kan.
Masa tu jugalah aku yang muka suci ni haha sedar yang dia memandang sepi pada ku. Sedarlah pika sebelum terlambat... Rasa ini dah berakhir, dia pun dah buat statement (tiba-tiba) dia suka kat perempuan lain.
p/s: Maaf nama-nama diatas terpaksa dirahsiakan tapi sapa yang mengenali diri ini dan tahu siapa pemegang watak-watak di atas, takyah lah heboh kan ke satu dunia. Cukup sekadar perkongsian sesedap rasa hati.

No comments:

Post a Comment