Thursday, December 09, 2010

makroekonomi bab 2

  1. Menunjukkan beberapa konsep utama dalam perakaunan Pendapaan Negara.
  2. Menghitung Pendapatan Negara dengan menggunakan tiga kaedah yang berlainan.
  3. Menggunakan data Pendapatan Negara untuk memerihalkan struktur ekonomi Malaysia.
  4. Menjelaskan kegunaan data Pendapatan Negara.
konsep pendapatan negara
Definisi KDNK
Keluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Penghitungan KDNK
KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara.

KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh
 faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik negara itu atau milik negara asing.

KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di negara itu (B
L).
Definisi KNK
Keluaran Negara Kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Penghitungan KNK
KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau di luar negara.

KNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh
 faktor pengeluaran negara itu bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di negara asing.

KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di negara asing (Y
L).

KNK = KDNK + PFBLN

PFBLN
 merupakan nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan faktor asing dalam negara.
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Yb)
Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara nilai pendapatan faktor milik negara yang diterima daripada negara asing dengan nilai pendapatan faktor asing dalam negara.
Yb merujuk kepada pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara ditolak dengan pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (YB) = Pendapatan Faktor Dari Luar Negara (YL) − Bayaran Faktor Ke Luar Negara (BL)

Apabila pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (Y
B) adalah postitf. Ini bermaksud KNK melebihi KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika yang banyak membuat pelaburan di luar negara.

Sebaliknya, jika pendapatan faktor pengeluaran milik negara lain yang digunakan di dalam negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (Y
B) adalah negatif. Ini bermaksud KNK kurang daripada KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara kurang maju yang banyak menerima pelaburan dari luar negara.

KNK = KDNK + YB = KDNK + YL − BL
KDNK = KNK − Y
B = KDNK − YL + BL 
YB
 bernilai positif akan menyebabkan KNK melebihi KDNK.
YB
 bernilai negatif akan menyebabkan KNK kurang daripada KDNK
Pendapatan Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Pendapatan Negara menunjukkan jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan yang poduktif.

Ia meliputi pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat, dan pendapatan perusahaan persendirian.
Susut nilai
Susust nilai merupakan keusangan nilai yang dialami barang modal.
Definisi KNB
Keluaran negara bersih ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai.

Penghitungan KNB
Nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.

KNB ditakrifkan sebagai KNK yang telah ditolak
 susut nilai (elaun penggunaan modal):

KNB = KNK − Susut Nilai

Barang modal seperti mesin dan komputer
 digunakan untuk menambahkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran.

Apabila barang modal lama digunakan ataupun sudah rosak melalui masa, daya pengeluarannya dan jumlah keluaran negara akan berkurangan.

KNB ialah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya.

Penolakan susut nilai barang modal dalam perakaunan pendapatan negara akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.
Harga Pasar (HP)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.

HP telah dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan telah ditolak subsidi (SUB).

CTL

CTL ialah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan secara tak langsung. Ia termasuk cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dll. CTL meningkatkan harga pasaran.

SUB

SUB ialah bantuan kewangan kepada pengeluar industri muda dan industri utama dalam negara. SUB mengurangkan harga pasaran.
Kos Faktor (KF)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada faktor-faktor pengeluaran; harga barangan yang belum dipasarkan.

KF belum dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan belum ditolak subsidi (SUB).

KDNKHP = KDNKKF + CTL − SUB
KNKHP
 = KNKKF + CTL − SUB
KNBHP
 = KNBKF + CTL − SUB

KDNKKF
 = KDNKHP − CTL + SUB
KNKKF
 = KNKHP − CTL + SUB
KNBKF
 = KNBHP − CTL + SUB

Jika kerajaan tidak bercampur tangan dalam istem pasaran bebas, maka tidak wujud CTL dan SUB, maka
KDNKHP = KDNKKF
KNKHP
 = KNKKF
KNBHP
 = KNBKF
Pendapatan Nominal (Y1)
Y1 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa.

Pendapatan negara mengikut harga semasa.

Ia dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) dan perubahan dalam tingkat harga umum (P).
Pendapatan Benar (Y0)
Y0 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun asas.

Pendapatan negara mengikut harga tetap.

Tahun asas ialah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.

Indek harga bagi tahun asas, IH0
 = 100. Ini bermakna tingkat harga umum tidak berubah.

Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum (P) melalui masa kerana ia dikira mengikut harga tetap pada tahun asas. Ia hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah keluaran (Q).

Penghitungan pendapatan negara mengikut harga tetap ialah penghitungan pendapatan negara benar, iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara.

Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf hidup rakyat.

Y0 = IH0 ⁄ IH1 × Y1

IH1
 dinamakan pendeflasi atau pendeflator

Semasa inflasi, IH1
 > IH0.
Semasa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0.
Keluaran Negara Nominal
Keluaran negara nominal ialah jumlah nilai keluaran negara yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun semasa.
Nilai Keluaran Negara nominal diperoleh dengan mendarabkan kuantiti keluaran negara dengan harga keluaran.
Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar ialah jumlah nilai keluaran negara yang diukur berdasarkan nilai harga suatu tahun asas.
Nilai Keluaran Negara benar diperoleh dengan mengukur nilai keluaran negara bagi tahun semasa pada nilai harga tetap suatu tahun asas tertentu.

Nilai Keluaran Negara Benar tidak dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.
Rumus Mengira Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar = (Indeks harga tahun asas / Indeks harga tahun semasa) × Keluaran Negara Nominal
Kaedah Jadual Menghitung Keluaran Negara Benar
Tahun
Keluaran Negara Nominal (RM juta)
Indeks Harga Pengguna
Keluaran Negara Benar
(RM juta)
1
600
100
(600/100) × 100 = 600
2
750
120
(750/120) × 100 = 625

makroekonomi bab 1

Definisi dan Skop Analisis makroekonomi
Menerangkan konsep makroekonomi dan membezakan bidang kajian antara mikroekonomi dengan makroekonomi.
Petunjuk / Pembolehubah Makroekonomi
Menerangkan secara ringkas pendapatan negara / keluaran negara, guna tenaga dan pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, dan pertumbuhan ekonomi.

Menunjukkan kepentingan petunjuk di atas dengan data ekonomi Malaysia.
Dasar Makroekonomi
Matlamat Dasar Makroekonomi
Menghurai matlamat yang ingin dicapai : Tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga, membaiki imbangan pembayaran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Bentuk Dasar Makroekonomi
Menghurai secara ringkas dasar-dasar yang berikut:

Dasar Sebelah Permintaan : Dasar Fiskal, Dasar Kewangan, Kawalan Langsung.

Dasar Sebelah Penawaran : Perubahan cukai pendapatan, penurunan cukai input yang diimport, galakan fiskal / insentif pelaburan, galakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan olehunit-unit kecil di dalam ekonomi.

Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh individu, firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan pendapatan individu terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang terhadap penawaran firma.

Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori permintaan dan penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.
Pendapatan Negara
Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ia meliputi sewa, bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan perusahaan persendirian.
Keluaran Negara
Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara
Petunjuk taraf hidup rakyat.
Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara.
Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.
Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Memberikan gambaran tentang
  • keadaan peluang pekerjaan
  • cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran
  • kadar pengangguran
  • tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.
Membolehkan unit perancang ekonomi mengambil tindakan-tindakan susulan.
Tenaga Buruh
Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.
Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%
Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal] x 100%
Guna Tenaga
Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara.
Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur
Pertambahan guna tenaga bererti
  1. Jumlah Penganggur menurun.
  2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.
  3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.
Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%
Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga Asal] x 100%
Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti
  1. Kadar pengangguran menurun.
  2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.
Pengangguran
Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan.
Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan pekerjaan.
Punca-punca pengangguran:
  1. Penggantian buruh dengan mesin.
  2. kemunduran industri.
  3. kemelesetan ekonomi dll.
Jumlah Penganggur
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.
Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang.
Kadar Pengangguran
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh.
Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%
Penurunan kadar pengangguran bererti
  1. kadar guna tenaga meningkat
  2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat
  3. pencapaian ekonomi meningkat.
Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran sahaja.
Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran
  1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa meningkat.
  2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
  3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.
Definisi Inflasi
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan.
Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara.
Punca-punca Inflasi:
  1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh.
  2. kenaikan kos pengeluaran.
  3. kenaikan harga import.
Kesan Inflasi terhadap ekonomi:
  1. Menaikkan harga barangan eksport.
  2. Penurunan kuasa beli wang.
  3. Penurunan taraf hidup masyarakat.
  4. Penurunan pendapatan benar individu.
  5. Meningkatkan kos hidup masyarakat.
Kadar Inflasi dan Indeks Harga
  1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum.
  2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika IH tahun baru = 105, kadar inflasi
    = [(IH tahun baru − IH tahun asal) / IH tahun asal] x 100%
    = 5/100 x 100%
    = 5%.
Kepentingan Kajian Inflasi
  1. Mengukur kestabilan tingkat harga umum.
  2. Mengukur perubahan kos hidup.
Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara.
Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan negara lain dalam setahun.
Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan
Kepentingan Kajian Imbangan Pembayaran
Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dengan
  • menambahkan rizab pertukaran asing negara.
Kurangan (Defisit) dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana :
  • mengurangkan rizab pertukaran asing negara.
  • menjejaskan kestabilan nilai mata wang.
  • mengurangkan kegiatan ekonomi negara.
Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll.
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara.
Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi.
KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas.
Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll.
Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru − KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan) atau
Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru − KNK benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan output di luar negara)
Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh kesan inflasi.
Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi
Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin bertambah.
Pertumbuhan Kebajikan
  1. Kenaikan taraf hidup masyarakat.
  2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila pertambahan Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk).
  3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas.
  4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru − PPK benar tahun asal) / PPK benar tahun asal] x 100%
Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan
  1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun.
  2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.
Terangkan tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia. [6]

Tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia ialah:
  1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh
    • Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada 5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi.
    • Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
    • Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi.
    • Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.
  2. Mencapai kestabilan tingkat harga umum
    • Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.
    • Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat.
    • Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.
  3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
    • Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat.
    • Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
    • Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat
Mencapai Tingkat Guna Tenaga Penuh
Guna tenaga penuh merujuk kepada :
  1. keadaan di mana jumlah pengangguran adalah minimum dan jumlah pendapatan negara adalah tinggi.
  2. keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 4%.
  3. keadaan di mana semua faktor pengeluaran digunakan.
Pencapaian tingkat guna tenaga penuh bererti :
  1. keluaran negara akan mencapai tahap maksimum.
  2. kebajikan masyarakat akan mencapai tahap maksimum
  3. Sumber ekonomi digunakan dengan cekap dan tiada pengangguran.

Mengekalkan Kestabilan Tingkat Harga Umum
Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan terkawal.
Kenaikan harga atau inflasi :
  1. mengurangkan pendapatan benar/ menjejaskan kuasa beli wang.
  2. menjejaskan eksport negara.
  3. menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
  4. menurunkan tingkat kebajikan masyarakat.
Kejatuhan harga atau deflasi :
  1. menjejaskan tingkat pelaburan.

Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Berterusan
Pertumbuhan ekonomi menunjukkan kenaikan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi perlu mencapai kadar yang memuaskan dari tahun ke tahun dengan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Kepentingannya:
  • meningkatkan taraf kebajikan penduduk,
  • mewujudkan banyak peluang pekerjaan,
  • mengatasi masalah pengangguran,
  • mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Membaiki Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran diperbaiki dengan menambahkan jumlah eksport dan mengurangkan jumlah import.
Imbangan pembayaran lebihan/ positif/ lebih baik :
  1. menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
  2. meningkatkan rizab pertukaran asing sesebuah negara.
Imbangan pembayaran defisit/ negatif/ merosot :
  1. mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar sebelah permintaan
Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui :

Dasar Fiskal
 (Fiscal Policy)

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah
 perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.
Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.
Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.
Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.
Dasar Kewangan (Monetary Policy)
Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi.
Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.
Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga dalam pasaran bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.
Dasar Kawalan Langsung
Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan mengawal inflasi.
Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan kawalan tertentu bagi mengatasi masalah inflasi.
Dasar sebelah penawaran
Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi.
Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan pelaburan yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.
Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar dan penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan meningkatkan penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan bertambah.