Friday, December 09, 2011

BAB 13 MORFOLOGI


BENTUK KATA
KATA TUNGGAL
·         perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan / proses pembentukan kata
JENIS KATA TUNGGAL
1.       Satu Suku Kata
·         perkataan terhad jumlahnya
·         berpotensi untuk diperluaskan
·         contoh : cat => bercat, mengecat, catan, pengecat dll.
·         tidak terdiri drp 1 vokal / konsonan
·         bentuk ng, ny, kh, dll. dalam perkataan mewakili 1 bunyi tetapi terdiri daripada 2 lambang (spring)
KV
ya
VK
am
KVK
tin
KKVK
draf
KVKK
teks
KKKV
skru
KKKVK
skrip

2.       Dua / Lebih Suku Kata
2 SUKU KATA
V + KV
ela
V + VK
aur
V + KVK
adik
VK +KV
undi
VK + KVK
ambil
KV + KVK
dua
KV + V
jauh
KV + KV
jala
KV +KVK
jarum
KVK+ KV
Lampu
KVK + KVK
sandar


3 SUKU KATA
KV + V + KV
cuaca
KV + V + KVK
siuman
V + KV + V
usia
KV + KV + V
mulia
KVK + KV + V
tempua
KV + KV + VK
sekian
KVK + KV + VK
mendiang
V + KV + KV
utara
VK + KV + VK
ijazah
VK + KV + KV
indera
KV + KV +KV
delima
KVK + KV +KV
menteri
VK + KV + VK
ilmiah
V +KV + VK
elaun
KV + KV + KVK
belukar
KVK + KV + KVK
matlamat
KVK + KVK + KV
belanja
KVK + KVK + KV
sempurna
KV + KVK + KVK
belimbing


4 SUKU KATA
KV + KV + VK + KV
keluarga
KV + KVK + KV + KV
KVK + KV + KV +KV
KVK + KV + V + KV
sentiasa
KV +KV +KV +KV
bidadari
KV + KV + KV +KVK
Salasilah
KVK + KV + KV KVK
sentimeter
KVK + KVK + KV +KV
singgahsana
KV + KV + V + KVK
mesyuarat

5/6 SUKU KATA
V + KV + KVK + KV + KV
universiti
KVK + KV + KV + KV +KVK
cenderawasih
KV + KV + KV + KV + KV + KV
maharajalela

KATA AKRONIM
·         kata singkatan yang terbentuk dgn mengabungkan huruf awal suku kata / gabungan huruf awal & suku kata daripada rangkai kata.
·         ditulis, dilafaz sebagai kata yang wajar.
1.       ditulis dengan huruf besar semua
ABIM : Angkatan Belia Islam Malaysia

2.       ditulis dengan huruf kecil semua
tabika : taman bimbingan kanak-kanak

3.       ditulis bermula dengan huruf besar
Bernama : Berita Nasional Malaysia
Proton : Perusahaan Otomobil Nasional


·          
KATA TERBITAN
·         bentuk perkataan yang menghasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses memggandingkan imbuhan pada kata dasar.
·         Imbuhan => morfem terikat sementara
·         kata dasar => bentuk morfem bebas yang menerima imbuhan
·         terdapat 4 jenis imbuhan :
IMBUHAN AWALAN
AWALAN KATA NAMA
Awalan yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata nama
·         pe- => pelukis
·         pem- => pembeli
·         pen- => pendatang
AWALAN KATA KERJA
Awalan yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata kerja
·         me- => melukis
·         men- => mendaki
·         mem- => membeli
AWALAN KATA ADJEKTIF
Awalan yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata adjektif
·         ter- => terpandai
·         se- => seputih

IMBUHAN AKHIRAN
AKHIRAN KATA NAMA
Akhiran yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata nama
·         -an => ajaran
·         -wan => ilmuwan
·         -man => budiman
AKHIRAN KATA KERJA
Akhiran yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata kerja
·         -kan => lahirkan
·         -I => ikuti

IMBUHAN APITAN
APITAN KATA NAMA
Apitan yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata nama
·         pe-…-an => pelaksanaan
·         pem-…-an => pembukaan
·         pen-…-an => pendakian
APITAN KATA KERJA
Apitan yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata kerja
·      me-…-kan => memajukan
·      mem-…-kan => membezakan
·      men-…-kan => mendirikan
APITAN KATA ADJEKTIF
Apitan yg a/b bergabung dgn kata dasar membentuk kata adjektif
·         ke-…-an => kemelayuan

IMBUHAN SISIPAN
SISIPAN KATA NAMA
Sisipan yg a/b hadir di celah kata dasar, membentuk kata nama
·         -el- => telunjuk
·         -er- => seruling
·         -em- => kemuning
SISIPAN KATA ADJEKTIF
Sisipan yg a/b hadir dicelah kata dasar, membentuk kata adjektif
·         -el- => selerak
·         -er- => serabut
·         -em- => gemilang
·         -in- => sinambung



KATA MAJMUK
·         Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
·         membawa makna tertentu.
·         bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.
·         tidak enerima sisipan.

JENIS KATA MAJMUK
1.       KATA MAJMUK YANG TERDIRI DARIPADA RANGKAI KATA BEBAS
·         bandar raya
·         hijau daun
·         terima kasih
bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran :
·         Duta Besar
·         Profesor Madya
·         Ketua Setiausaha Negara

2.       KATA MAJMUK YANG BERBENTUK ISTILAH KHUSUS
·         deria rasa
·         telefon dail terus
·         segi tiga

3.       KATA MAJMUK YANG MENDUKUNG MAKSUD KIASAN (SIMPULAN BAHASA)
·         kaki ayam
·         rabun ayam
·         panjang tangan

BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
Dieja sebagai satu perkataan :
·         antarabangsa
·         sukarela
·         jawatankuasa
·         tanggungjawab
·         olahraga
·         setiausaha
·         bumiputera
·         tandatangan
·         kerjasama
·         pesuruhjaya
·         beritahu
·         suruhanjaya
·         kakitangan
·         warganegara
·         matahari
Tedapat perkataan yang dianggap satu perkataan tetapi dieja secara bercantum
·         peribadi
·         padahal
·         sukacita
·         bagaimana
·         daripada
·         apabila
·         dinihari
·         kadangkala
·         kepada
·         hulubalang
·         barangkali
·         dukacita
·         perikemanusiaan



KATA GANDA
·         Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar
1.       KATA GANDA PENUH
kata ganda yang mengalami pengulangan secara keseluruhan
·         rumah-rumah
·         buku-buku
·         masjid-masjid
2.       KATA GANDA SEPARA
penggandaan sebahagian kata dasar sahaja
a.       pengulangan pada kata dasar tunggal (suku kata pertama)
·         lelaki
·         sesiku
·         jejari
·         lelangit
b.      kata ganda daripada imbuhan :
Di Bahagian Belakang Kata Dasar
Di Bahagiang Hadapan Kata Dasar
·         berlari-lari
·         mencari-cari
·         sepandai-pandai
·         cinta-mencintai
·         bantu-membantu
·         kejar-mengejar
3.       KATA GANDA BERENTAK
·         Kata ganda yang mengalami pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertantu dalam kata dasar
·         seluruh kata ganda diganda atau dibunyi secara diulang atau diubah
a.       kata ganda berentak yang terbentuk daripada pengulangan vokal
·         sayur-mayur
·         calar-balar
·         saki-baki

b.      kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan konsonan
·         mundar-mandir
·         tanah-tanih
·         kayu-kayan

c.       kata ganda berentak bebas (terbentuk daripada rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi
·         kusut-masai
·         ipar-duai
·         rempah-ratus
·         lintang-pukang



PROSES PEMBENTUKAN KATA
·         pengimbuhan
·         pemajmukan
·         penggandaan

PROSES PENGIMBUHAN
·         proses yangmenggandingkan imbuhan pada kata dasar membentuk kata terbitan.
·         apabila imbuhan digandingkan dengan kata dasar, akan membentuk kata terbitan dari[ada golongan kata (kata nama, kata kerja, kata adjektif)
IMBUHAN
KATA DASAR
KATA TERBITAN
pem-
bawa
pembawa
memper-
kuat
memperkuat
-isme
nasional
nasionalisme
-i
dekat
dekati
peng-…-an
isytihar
pengisytiharan
men-…-i
ikut
mengikuti
ke-…-an
sihat
kesihatan
ber-…-an
lari
berlarian
-er-
gerigi
gerigi
-em-
gemilang
gemilang
PENGIMBUHAN DAN KATA DASAR
·         boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar
·         contoh : ber- + tapa (bertapa)
·         berlaku pada kata dasar yang menghasilkan kata terbitan (pengimbuhan kali kedua)
KATA DASAR
IMBUHAN
KATA TERBITAN
libat
terlibat
keterlibatan
lanjur
terlanjur
keterlanjuran
balik
terbalik
menterbalikkan
sambung
sinambung
kesinambungan


PROSES PEMAJMUKAN
·         proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
·         contoh : kerusi malas

1.       PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran , dieja terpisah
·         urus niaga – berurus niaga
·         cari gali – mencari gali
·         reka bentuk – direka bentuk
·         daya serap – daya serapan
apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum
·         lipat ganda – melipatgandakan
·         surat khabar – persuratkhabaran
·         urus niaga – diurusniagakan
·         ibu bapa – keibubapaan

2.       PENGGANDAAN KATA MAJMUK
penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
·         rumah sakit – rumah-rumah sakit
·         guru besar – guru-guru besar
·         Raja Muda – Raja-raja Muda
·         Timbalan Naib Canselor – Timbalan-timbalan Naib Canselor

pengganda yang telah mantap dikecualikan :
·         setiausaha – setiausaha-setiausaha
·         jawatankuasa – jawatankuasa-jawatankuasa
·         tanggungjawab – tanggungjawab-tanggungjawab



PROSES PENGGANDAAN
·         Proses mengulangi kata dasar.
·         terdapat 3 jenis pengganda :
1.       pengganda penuh
2.       pengganda separa
3.       pengganda berentak
JENIS PENGGANDA
MAKSUD
CONTOH PERKATAAN
PENGGANDA PENUH
Proses yang mengulangi seluruh kata dasar, iaitu :

-          kata dasar yang tidak menerima apa2 imbuhan.
·         pulau-pulau
·         makan-makan
-          kata dasar yang menerima imbuhan.
·         Pelari-pelari
·         Kekasih-kekasih
PENGGANDA SEPARA
Proses mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.
Berlaku pada :

-          kata dasar tunggal
mengulang suku kata pertama
pengulangan pada bahagian hadapan kata dasar
Jari > jajari > jejari
Siku > sisiku > sesiku
Pohon > popohon > pepohon
Laki > lalaki > lelaki
-          kata dasar yang berimbuhan
mengulangi kata dasar
tidak melibatkan imbuhan
·         penggandaan di belakang
tersenyum > tersenyum-senyum
bercakap > bercakap-cakap
·         pengganda di hadapan
membantu > bantu-membantu
menari > tari-menari
PENGGANDA BERENTAK
Proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar digandakan dan bunyi tertentu diulang / ditambah.
Terdiri daripada 3 jenis :

Pengulangan vocal
·         kuih-muih
·         cerai-berai
Pengulangan konsonan
·         gunung-ganang
·         batu-batan
Berentak bebas
·         anak-pinak
·         lintang-pukang



ASPEK MAKNA PENGGANDAAN
·         apabila perkataan mengalami pengganda, proses ini membawa makna tertentu kepada perkataan tersebut.
1.       PENGGANDA PADA KATA NAMA
Sebagai penanda jamak (menandakan jumlah yang banyak)
Rumah-rumah
Setiausaha-setiausaha
Sebagai penanda nama haiwan
Biri-biri
Kura-kura
Sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan
Gula-gula
Orang-orang
Sebagai penanda kepelbagaian jenis
Sayur-mayur
Kuih-muih
Sebagai penanda tidak tentu
Apa-apa
Mana-mana

2.       PENGGANDA PADA KATA KERJA
Menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang
Menari-nari
Tersenyum-senyum
Menunjukkan perbuatan yang berpanjangan
Berangan-angan
Mengata-ngata
Menunjukkan perbuatan yang bersungguh-sungguh
Bercerai-cerai
Bertungkus lumus
Menunjukkan perbuatan yang saling berbalasan
Bersalam-salaman
Berpeluk-pelukan

3.       PENGGANDA PADA KATA ADJEKTIF
Untuk mengatakan  keadaan sifat yang menyeluruh
Rendah-rendah
Kuning-kuning
Pengganda menyatakan makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar
Kuning-kuning – kekuning-kuningan
Malu-malu – kemalu-maluan
Gila-gila – kegila-gilaan
Untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar
Besar-besaran
Gila-gilaan



GOLONGAN KATA
KRITERIA PENGGOLONGAN KATA
·         Tatabahasa Dewan menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
·         lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa. (frasa, klausa, ayat)
·         frasa subjek dan frasa predikat merupakan 2 konstituen utama.
·         frasa subjek dibentuk oleh frasa nama
·         frasa predikat :  FN         
                                FK              frasa endosentrik (frasa mengandungi unsur inti yg mewakili frasa)
                                FA                           GOLONGAN KATA UTAMA
                                FS => ekosentrik (xmempunyai unsur inti yg mewakili frasanya.)
                                                                 tetapi mempunyai 2 unsur wajib : KS diikuti KN, atau FN
·         terdapat 4 golongan kata nama :
1. kata nama
2. katakerja
3. kata adjektif
4. kata sendi nama


KATA NAMA
·         Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.
FRASA NAMA
UNSUR SEBELUM
KATA NAMA
UNSUR SELEPAS
·                     sebuah
·                     semua
·                     tiap-tiap
·                     empat orang
·                     dewan
·                     bas
·                     pendapat
·                     pelajar
·                     persidangan
·                     pelancongan
·                     bernas
·                     sekolah menengah
·         contoh :






 PERGOLONGAN KATA
1.       KATA NAMA KHAS
HIDUP
TAK HIDUP
MANUSIA
BUKAN MANUSIA
·         Aminah
·         Tengku Abdullah
·         Prof. Fatimah
·         Puan Marina Tan
·         Doktor Muthusamy
·         Jibrail
·         Tompok
·         Sang Kancil
·         Hevea Brasilia (pokok getah)
·         Melayu
·         Proton Waja
·         Thailand
·         Piala Thomas
·         Tan Sri
2.       KATA NAMA AM
HIDUP
MANUSIA
·         jurujual
·         sasterawan
·         ibu

BUKAN MANUSIA
·         ikan
·         pokok
·         malaikat

TAK HIDUP
INSTITUSI
·         sekolah
·         persatuan
·         pejabat pos

BUKAN INSTITUSI
KONKRIT
·         rumah
·         lautan
·         pekan

ABSTRAK
BERBILANG
·         senyuman
·         cadangan
TAK BERBILANG
·         iklim
·         keindahan


3.       KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA TUNJUK
·         itu
·         ini

KATA GANTI NAMA DIRI
TANYA
·         apa
·         siapa
·         mana

ORANG
PERTAMA
·         saya
·         aku
·         patik
·         kami
·         kita
KEDUA
·         anda
·         engkau
·         kamu
·         awak
KETIGA
·         ia
·         dia
·         mereka
PEMBENTUKAN KATA NAMA
KATA NAMA TUNGGAL
·         yu
·         roh
·         bapa
KATA NAMA TERBITAN
·         pekedai
·         pinggiran
·         penantian
KATA NAMA MAJMUK
·         balai raya
·         Datuk Bendahara
·         anak emas
·         deria rasa
KATA NAMA GANDA
·         meja-meja
·         lelangit
·         biji-bijian
·         lauk-pauk

No comments:

Post a Comment