" Saya jealous bila lihat awak. Apa awak mahu semua awak dapat."
Itulah kata-kata yang pernah dilemparkan kawan saya kepada saya.
Terkejut saya bila dia berkata begitu. Dia cuba membandingkan dirinya dengan diri saya. Why??
Saya pernah menceritakan perkara tersebut kepada ibu saya dan ibu menasihati saya agar saya menyampaikan pesanannya, "Jangan membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi tarafnya."
Saya pelik bila dia asyik menceritakan masalahnya pada saya sedangkan ramai lagi kawan rapatnya. Saya ini hanyalah teman biasa. Salah saya! sepatutnya saya menasihatinya agar, "tidak memandang ke atas tetapi pandanglah ke bawah. Ada yang lebih susah lagi dari awak."
p/s : Kalaulah saya boleh sampaikan kata-kata ini
No comments:
Post a Comment