Kita semua sedia maklum. Couple tu kan haram tapi kita tetap
menindakkannya dan terus menerus melakukan zina. Bila kita couple, secara tidak
langsung kita akan melakukan zina seperti zina mata, zina tangan dan yang paling
utama zina hati. Kita telah menduakan ALLAH.
Akhirnya kita akan melakukan zina yang sebenar.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sesuatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(al-Isra’
: 32)
Ada yang memberikan alasan untuk bercouple kerana mencari
jodoh, sedangkan kita sedia maklum bahawa jodoh pertemuan, ajal maut, terletak ditangan
Tuhan. So buat pe nak sibuk2.
Kadangkala saya terfikir, wajar ke tak saya menegur
rakan-rakan saya yang bercouple.
tapi kita masih lagi cuba untuk menindakkan yang hak dan
yang batil.
Saya pun seperti remaja lain, tetap pernah melakukan
kesilapan tetapi Alhamdulillah saya cepat sedar dan membaiki kesilapan ini.
“ Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa mengikuti
langkah-langkah syaitan maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh melakukan
perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Nur
: 21)
p/s : “Ya Allah sesungguhnya
aku telah mennzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak dan tidak ada yang mengampuni dosa melainkan
hanya Engkau. Ampunilah aku, dengan keampunan yang datang dari sisi-Mu dan
rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengamupunlagi Maha Penyayang.”
No comments:
Post a Comment