Monday, November 28, 2011

Saya pun sempurna juga

Siapa kata kita tak sempurna? Siapa kata kita tidak hebat? Siapa kata kita lemah?

Salah!!!

Kita semua sama sahaja. Sempurna disisi Allah lebih mulia daripada pandangan mata kasar seorang manusia.

kita ada mata, ada hidung, ada mulut dan ada akal fikiran yang waras.
kita tak cacat, kita semua sempurna.

Sebenarnya rupa paras tidak menjadi ukuran tetapi keyakinan pada diri itu lebih penting.

Saya pun sempurna jika saya yakin saya sempurna.
Allah sentiasa disisi saya, membantu saya dan melindungi saya.

P/s : Keyakinan itu boleh menyerlahkan kecantikan wajah seseorang.

Saya cemburu dengan awak!


" Saya jealous bila lihat awak. Apa awak mahu semua awak dapat."
Itulah kata-kata yang pernah dilemparkan kawan saya kepada saya.

Terkejut saya bila dia berkata begitu. Dia cuba membandingkan dirinya dengan diri saya. Why??
Saya pernah menceritakan perkara tersebut kepada ibu saya dan ibu menasihati saya agar saya menyampaikan pesanannya, "Jangan membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi tarafnya."

Saya sedar saya agak mewah sedikit kerana saya sangat berjimat cermat, maka masalah kewangan tiada dan saya juga bahagia bersama keluarga. Berbanding dia yang hidup kucar-kacir.

Saya pelik bila dia asyik menceritakan masalahnya pada saya sedangkan ramai lagi kawan rapatnya. Saya ini hanyalah teman biasa. Salah saya! sepatutnya saya menasihatinya agar, "tidak memandang ke atas tetapi pandanglah ke bawah. Ada yang lebih susah lagi dari awak." 

p/s : Kalaulah saya boleh sampaikan kata-kata ini

Couple is haram

Kita semua sedia maklum. Couple tu kan haram tapi kita tetap menindakkannya dan terus menerus melakukan zina. Bila kita couple, secara tidak langsung kita akan melakukan zina seperti zina mata, zina tangan dan yang paling utama zina hati. Kita telah menduakan ALLAH. Akhirnya kita akan melakukan zina yang sebenar.

 “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
                                                                                                                                (al-Isra’ : 32)

Ada yang memberikan alasan untuk bercouple kerana mencari jodoh, sedangkan kita sedia maklum bahawa jodoh pertemuan, ajal maut, terletak ditangan Tuhan. So buat pe nak sibuk2.

Kadangkala saya terfikir, wajar ke tak saya menegur rakan-rakan saya yang bercouple.
tapi kita masih lagi cuba untuk menindakkan yang hak dan yang batil.

Saya pun seperti remaja lain, tetap pernah melakukan kesilapan tetapi Alhamdulillah saya cepat sedar dan membaiki kesilapan ini.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa mengikuti langkah-langkah syaitan maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh melakukan perbuatan keji dan mungkar.”
                                                                                                                                                                (al-Nur : 21)

p/s : “Ya Allah sesungguhnya aku telah mennzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak dan  tidak ada yang mengampuni dosa melainkan hanya Engkau. Ampunilah aku, dengan keampunan yang datang dari sisi-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengamupunlagi Maha Penyayang.”