Tuesday, February 15, 2011

makroekonomi bab 4

Wang, Tingkat Harga dan Nilai Wang
  1. Mentakrifkan konsep wang dan huraikan kelemahan sistem barter.
  2. Mengenal pasti fungsi wang, ciri wang dan kuasa beli wang.
  3. Menerangkan jenis wang M1 dan M2.
  4. Menerangkan komposisi dan kadar pertumbuhan bekalan wang di Malaysia.
  5. Menghubungkaitkan nilai wang dengan tingkat harga umum.
Sistem bank dan Institusi Kewangan Lain
  1. Mendefinisikan institusi kewangan.
  2. Menerangkan aktiviti utama institusi kewangan.
  3. Menjelaskan fungsi dan bentuk operasi bank perdagangan.
  4. Menerangkan proses penciptaan wang atau kredit dengan menggunakan jadual, rumus pengganda wang.
Bekalan Wang dan Aktiviti Ekonomi
  1. Menerangkan hubungan bekalan wang dengan tingkat harga melalui Teori Kuantiti Wang.
  2. Menerangkan penentuan kadar bunga mengikut Teori Kewangan Keynes.
  3. Menghubungkaitkan bekalan wang dengan tingkat harga, kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara melalui gambar rajah.
Bank Negara Malaysia dan Dasar Kewangan
  1. Menerangkan ciri dan fungsi bank pusat.
  2. Menerangkan sejarah penubuhan dan fungsi Bank Negara Malaysia.
Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran.
  1. Diterima umum
  2. Penawaran terhad
  3. Bernilai stabil
  4. Bernilai seragam
  5. Berbentuk seragam
  6. Mudah dibahagikan
  7. Mudah dibawa
  8. Mudah dikenali
  9. Tahan lama
Wang sah/fiat
Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara.
Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia.
Wang Tanda
Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya.
Wang Biasa
Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan.
Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia.
Wang Hampir
Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan.
Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan.
Wang dalam Edaran
Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara.
Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia.
Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank)
Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran.
Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia.
Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang.
Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat.

Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut:

Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100
Contoh
Tahun
Indeks harga pengguna
1
100
2
200

Berdasarkan jadual di atas, nilai wang pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1 ialah
Nilai wang = 100/120 x 100 = 83.33
Ini bermakna, nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% (100 - 83.33) pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1.
  1. Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah.
  2. Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum.
    Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH).

    IW1
     / IW0 = IH0 / IH1

    Apabila IH0
     = 100, IW0 =100. Jika IH1=120
    Maka IW1
    = IH0
     / IH1 x IW0
    =100 / 120 x 100
    =83.33

    Perubahan nilai wang
    = (IW1
     – IW0) / IW0 x 100%
  1. Masalah kehendak serentak.
  2. Masalah pengukuran nilai yang standard.
  3. Masalah kerosakan / penyimpanan nilai.
  4. Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh.
  1. Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum).
  2. Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam).
  3. Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama).
  4. Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit)
Aktiviti Kelas: Perbincangan Berkumpulan
Bagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang.
Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi.
Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2.
Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan.
Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga.
Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan.

M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa
Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa).

M2 = M1 + wang hampir
dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan.
Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat.
Dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa
Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek.
M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir)
Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999.
Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999.

M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999.

Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.
Kepentingan Institusi Kewangan
Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.
Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi
  • Tingkat pelaburan
  • Guna tenaga
  • Keluaran Negara
  • Pendapatan Negara.
  • Tingkat harga umum
Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia
  1. Bank Pusat
  2. Bank Perdagangan
  3. Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans, Bank Tabungan.
  4. Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful
Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia
Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia.
Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.
Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia)
Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi.
Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.
Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan.
Mentadbir hutang negara:
  1. Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan.
  2. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.
Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan.
Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll
Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.)
Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara.
Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.
Dasar kewangan menguncup semasa inflasi
Dasar kewangan mengembang semasa deflasi
Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit .
Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.
Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara).
Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara.
Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran.

Nisbah Rizab Berkanun
= (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100%

Nisbah Harta Cair
= (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100%
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
  1. Deposit Semasa – Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia.
  2. Deposit Tabungan – Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung.
  3. Deposit Tetap – Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung.
Pinjaman melalui akaun semasa – mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan.
Kemudahan overdraf – membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja.
Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil.
Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek.
  1. Menjual beli mata wang asing
  2. Menjual draf bank – pembayaran dijamin oleh bank perdagangan.
  3. Menjual cek pengembara
  4. Menyewakan peti simpanan keselamatan
  5. Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelanggan-pelanggannya yang telah meninggal dunia.
  6. Memberikan nasihat kewangan
  7. Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya.
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan
  1. Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap.
  2. Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan dll.
  3. Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank perdagangan.
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Memberi khidmat kewangan kepada saudagar.
Fungsi-Fungsi Bank Saudagar
  1. Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat).
  2. Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan.
  3. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka.
  4. Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat-syarikat berhad.
Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian.
Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM.
Fungsi-Fungsi KWSP
  1. Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja.
  2. Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan.
  3. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara
  4. Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan.
  5. Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat.
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans
  1. Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll
  2. Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll.
Dimiliki oleh kerajaan
Fungsi-Fungsinya
  1. Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana.
  2. Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan.
Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam
Fungsi-Fungsinya
  1. Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah.
  2. Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah.
  3. Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit.
Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak
Fungsi-Fungsinya
  1. Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan.
  2. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah
  3. Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian.
  4. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui.
  5. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui.
  6. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui.
  7. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.
Bank perdagangan mencipta kredit pinjaman berkali ganda daripada jumlah deposit semasa yang diterimanya daripada pelanggan dan seterusnya mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.
  1. Peruntukkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta cair. Contohnya 20%.
  2. Semua lebihan rizab dipinjamkan. Contohnya, baki 80% daripada jumlah deposit dipinjamkan.
  3. Semua deposit yang diterima merupakan deposit semasa.
  4. Semua urus niaga dibayar dengan cek.
  5. Tidak berlaku bocoran wang tunai daripada sistem bank.
  6. Suasana pelaburan adalah baik.
  7. Para pelabur mampu menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.
Katakan Encik A memasukkan RM1000 ke dalam akaun semasanya di bank X. Bank X perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa tersebut untuk memenuhi nisbah rizab bank pusat, iaitu RM200. Baki RM800 boleh dipinjamkan kepada Encik B untuk mendapatkan keuntungan. Bank X akan mengeluarkan satu cek bernilai RM800 kepada Encik B.
Harta (RM)
Tanggungan (RM)
Rizab
Pinjaman
200
800
Deposit semasa
1000
Jumlah
1000
Jumlah
1000

Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 – RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.

Harta (RM)
Tanggungan (RM)
Rizab
Pinjaman
160
640
Deposit semasa
800
Jumlah
800
Jumlah
800

Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan. Ini bermakna semua deposit semasa asal RM1000 daripada Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab oleh semua bank yang terlibat.
  1. Nilai pengganda wang
    = 1 / nisbah rizab
    = 1/ 20% = 5.
  2. Jumlah deposit semasa
    = deposit semasa asal x pengganda wang
    = RM1000 x 5 = RM5000.
  3. Jumlah rizab
    = Rizab asal x pengganda wang
    = RM200 x 5 = RM1000.
  4. Jumlah kredit pinjaman dicipta
    = Pinjaman asal x pengganda wang
    = RM800 x 5 = RM4000.
  5. Tambahan bekalan wang
    = Jumlah deposit semasa – Deposit wang tunai
    = RM5000 – RM1000 = RM4000.
  6. Keseluruhan proses penggandaan wang:

Bank
Harta (RM)
Tanggungan (RM)
Rizab (20%)
Pinjaman (80%)
Deposit
A
B
Lain-lain
200
160
640
800
640
2560
1000
800
3200
Jumlah (RM)
1000
4000
5000
Dapatan-Dapatan
  1. Penciptaan deposit semasa = penciptaan wang kerana deposit semasa ialah sebahagian daripada bekalan wang M1.
  2. Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah berkali ganda apabila bank perdagangan mencipta deposit semasa.
  3. Deposit semasa = wang bank
  4. Deposit utama = deposit semasa asal RM1000 yang diterima oleh Bank A.
  5. Deposit derivatif = Deposit semasa baru RM4000 yang diwujudkan oleh semua bank berkenaan.
  6. Hanya bank-bank perdagangan boleh mencipta deposit semasa (wang) kerana pelanggan-pelanggannya menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.
Jumlah deposit semasa yang dapat diciptakan oleh bank-bank perdagangan tidak sebesar yang dijangkakan jika andaian-andaian di atas wujud.
Dengan memberikan rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan permintaan wang untuk tujuan spekulasi..........[6]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp6HxFHtrDOLZF4u9B4nD4ZK52BGwyoqog3TDgDBuNAPxDPsX7ekxGx4BInceFJv8466B1Lo0YqtlW8a1WlntJh_9oyFWzJXc6NVcPxa5KbwQkkmnj175r0BYJxkQfsaLhcOpJVgJ0YWnX/s400/DD+urusniaga.jpgPermintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (a). Pada pendapatan negara Y0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M0. Apabila pendapatan negara meningkat ke Y1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M1. Ini bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan negara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoiWBX3m5xGqWfN2S3CiIsL7Kc_VTpFWQ9q1-7QBM7hWkLYmDaDMwzScCHWq9qpw2x_-ZAk6E2KQ_3Ltxi_XmyQCYly81dwDoHq5hc3F0p7yY0Sx15Q6Mc1EnEggC4EEy_7WU945eTNBND/s400/DD+spekulasi.jpg
Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang tinggi, iaitu r0, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah M0. Apabila kadar bunga turun ke r1, permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat ke M1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga.
Diperkenalkan oleh Profesor Irving Fisher, seorang ahli ekonomi Amerika terkenal.
Teori Kuantiti Wang ialah teori yang menjelaskan hubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga umum.
Ia menyatakan bahawa permintaan wang adalah dipengaruhi oleh jumlah urus niaga dalam ekonomi. Oleh itu, permintaan wang akan bertambah apabila jumlah urus niaga dalam ekonomi bertambah.
Mengikut Analisis Fisher
MV = PT

dimana
M=
Bekalan wang / penawaran wang dalam ekonomi
V=
Halaju pusingan wang (kekerapan satu unit mata wang bertukar tangan dalam ekonomi) = Pendapatan negara (Y) / Penawaran wang (M)
P=
Tingkat harga umum (harga purata semua barang dan perkhidmatan yang diurusniagakan dalam ekonomi).
T=
Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Nilai V adalah tetap
Mengikut Fisher, V ditentukan oleh aktiviti urus niaga, institusi kewangan dan sistem pembayaran gaji yang bersifat tetap dalam jangka pendek.
Nilai T adalah tetap
Mengikut Fisher, ekonomi selalunya mencapai guna tenaga penuh. Oleh itu, jumlah keluaran tidak dapat ditambahkan.
Oleh itu, perubahan M akan menyebabkan perubahan P pada kadar yang sama.
Andaian bahawa halaju pusingan wang (V) adalah tetap berdasarkan andaian ekonomi lebih stabil dalam jangka masa pendek adalah tidak benar.
Dalam keadaan sebenar, halaju pusingan wang sentiasa berubah. Semasa inflasi, halaju pusingan wang akan meningkat dan sebaliknya, semasa deflasi, halaju pusingan wang akan merosot.
Andaian bahawa ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh dan jumlah keluaran adalah tetap adalah tidak benar.
Dalam keadaan sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Apabila permintaan agregat bertambah semasa ekonomi melambung, jumlah keluaran akan bertambah dan kadar pengangguran akan berkurangan (dan guna tenaga penuh mungkin dicapai) dan sebaliknya, semasa ekonomi meleset, jumlah keluaran akan berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.
Andaian tentang P hanya dipengaruhi oleh M adalah tidak benar. P turut dipengaruhi oleh V dan T melalui rumus P = MV / T.
Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan permintaan wang terhadap tingkat harga umum. Apabila permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertambah, V dan T akan bertambah.
Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga terhadap tingkat harga umum.
Kejatuhan kadar bunga semasa keadaan ekonomi meleset akan meningkatkan jumlah pelaburan dan penggunaan. Ini seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat dan menaikkan tingkat harga umum. Sebaliknya, peningkatan kadar bunga semasa inflasi akan meningkatkan tabungan dan mengurangkan pelaburan. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan tingkat harga umum.

1 comment: