Sistem kerajaan adalah sebuah badan atau institusi yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran dan pengurusan sebuah negara.
terdapat beberapa bentuk sistem kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kesatuan,
konfederasi, repaublik dan autokrasi.
a)Kerajaan Persekutuan
|
b)Kerajaan Kesatuan
|
c)Kerajaan Konfederasi
|
d)Kerajaan Republik
|
-Kerajaan persekutuan ialah gabungan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri.
-Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan
sendiri dan sistem pentadbiran dalam perkara-perkara tertentu dan kerajaan
pusat tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran berkenaan.
-Namun ada beberapa perkara yang lazimnya kerajaan pusat
bertanggungjawab ke atas kerajaan negeri seperti dalam hal-hal agama, tanah,
perhutanan, serta perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman.
-Contoh negara yang mengamalkan bentuk kerajaan
persekutuan ialah Malaysia, India dan Amerika Syarikat.
|
-Bentuk kerajaan ini dilaksanakan dengan pemusatan kuasa
oleh kerajaan pusat daripada gabungan beberapa buah negeri.
-Kerajaan pusat berhak untuk mengubah kuasa-kuasa,
sempadan serta membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan
negeri.
-Kerajaan negeri menerima arahan daripada kerajaan pusat.
-Contoh negara kerajaan kesatuan ialah Britain, New
Zealand, Korea Selatan dan Jepun.
|
-Konfederasi ialah sebuah kerajaan yang meletakkan kuasa
kerajaan kepada kerajaan-kerajaan negeri. kesepakatan beberapa negeri dalam
kerajaan ini dicapai melalui sebuah perjanjian bersama.
-Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad dalam hal
pengurusan dan pentadbiran.
-Kerajaan konfederasi ini sudah tidak wujud lagi, namun ia
pernah dilaksanakan oleh kerajaan Jerman pada tahun 1867-1871.
|
-Republik ditadbir sepenuhnya oleh seorang Presiden yang
lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
-Kerajaan ini tidak mempunyai raja dan Presiden ini betanggungjawab
ke atas ketua eksekutif.
-Contoh negara Republik ialah Indonesia, Singapura dan
Filifina.
|
sumber
: Tutor Utusan
No comments:
Post a Comment