Thursday, December 09, 2010

makroekonomi bab 2

  1. Menunjukkan beberapa konsep utama dalam perakaunan Pendapaan Negara.
  2. Menghitung Pendapatan Negara dengan menggunakan tiga kaedah yang berlainan.
  3. Menggunakan data Pendapatan Negara untuk memerihalkan struktur ekonomi Malaysia.
  4. Menjelaskan kegunaan data Pendapatan Negara.
konsep pendapatan negara
Definisi KDNK
Keluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Penghitungan KDNK
KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara.

KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh
 faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik negara itu atau milik negara asing.

KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di negara itu (B
L).
Definisi KNK
Keluaran Negara Kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Penghitungan KNK
KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau di luar negara.

KNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh
 faktor pengeluaran negara itu bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di negara asing.

KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di negara asing (Y
L).

KNK = KDNK + PFBLN

PFBLN
 merupakan nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan faktor asing dalam negara.
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Yb)
Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara nilai pendapatan faktor milik negara yang diterima daripada negara asing dengan nilai pendapatan faktor asing dalam negara.
Yb merujuk kepada pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara ditolak dengan pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (YB) = Pendapatan Faktor Dari Luar Negara (YL) − Bayaran Faktor Ke Luar Negara (BL)

Apabila pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (Y
B) adalah postitf. Ini bermaksud KNK melebihi KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika yang banyak membuat pelaburan di luar negara.

Sebaliknya, jika pendapatan faktor pengeluaran milik negara lain yang digunakan di dalam negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (Y
B) adalah negatif. Ini bermaksud KNK kurang daripada KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara kurang maju yang banyak menerima pelaburan dari luar negara.

KNK = KDNK + YB = KDNK + YL − BL
KDNK = KNK − Y
B = KDNK − YL + BL 
YB
 bernilai positif akan menyebabkan KNK melebihi KDNK.
YB
 bernilai negatif akan menyebabkan KNK kurang daripada KDNK
Pendapatan Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Pendapatan Negara menunjukkan jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan yang poduktif.

Ia meliputi pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat, dan pendapatan perusahaan persendirian.
Susut nilai
Susust nilai merupakan keusangan nilai yang dialami barang modal.
Definisi KNB
Keluaran negara bersih ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai.

Penghitungan KNB
Nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.

KNB ditakrifkan sebagai KNK yang telah ditolak
 susut nilai (elaun penggunaan modal):

KNB = KNK − Susut Nilai

Barang modal seperti mesin dan komputer
 digunakan untuk menambahkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran.

Apabila barang modal lama digunakan ataupun sudah rosak melalui masa, daya pengeluarannya dan jumlah keluaran negara akan berkurangan.

KNB ialah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya.

Penolakan susut nilai barang modal dalam perakaunan pendapatan negara akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.
Harga Pasar (HP)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.

HP telah dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan telah ditolak subsidi (SUB).

CTL

CTL ialah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan secara tak langsung. Ia termasuk cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dll. CTL meningkatkan harga pasaran.

SUB

SUB ialah bantuan kewangan kepada pengeluar industri muda dan industri utama dalam negara. SUB mengurangkan harga pasaran.
Kos Faktor (KF)
Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada faktor-faktor pengeluaran; harga barangan yang belum dipasarkan.

KF belum dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan belum ditolak subsidi (SUB).

KDNKHP = KDNKKF + CTL − SUB
KNKHP
 = KNKKF + CTL − SUB
KNBHP
 = KNBKF + CTL − SUB

KDNKKF
 = KDNKHP − CTL + SUB
KNKKF
 = KNKHP − CTL + SUB
KNBKF
 = KNBHP − CTL + SUB

Jika kerajaan tidak bercampur tangan dalam istem pasaran bebas, maka tidak wujud CTL dan SUB, maka
KDNKHP = KDNKKF
KNKHP
 = KNKKF
KNBHP
 = KNBKF
Pendapatan Nominal (Y1)
Y1 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa.

Pendapatan negara mengikut harga semasa.

Ia dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) dan perubahan dalam tingkat harga umum (P).
Pendapatan Benar (Y0)
Y0 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun asas.

Pendapatan negara mengikut harga tetap.

Tahun asas ialah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.

Indek harga bagi tahun asas, IH0
 = 100. Ini bermakna tingkat harga umum tidak berubah.

Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum (P) melalui masa kerana ia dikira mengikut harga tetap pada tahun asas. Ia hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah keluaran (Q).

Penghitungan pendapatan negara mengikut harga tetap ialah penghitungan pendapatan negara benar, iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara.

Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf hidup rakyat.

Y0 = IH0 ⁄ IH1 × Y1

IH1
 dinamakan pendeflasi atau pendeflator

Semasa inflasi, IH1
 > IH0.
Semasa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0.
Keluaran Negara Nominal
Keluaran negara nominal ialah jumlah nilai keluaran negara yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun semasa.
Nilai Keluaran Negara nominal diperoleh dengan mendarabkan kuantiti keluaran negara dengan harga keluaran.
Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar ialah jumlah nilai keluaran negara yang diukur berdasarkan nilai harga suatu tahun asas.
Nilai Keluaran Negara benar diperoleh dengan mengukur nilai keluaran negara bagi tahun semasa pada nilai harga tetap suatu tahun asas tertentu.

Nilai Keluaran Negara Benar tidak dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.
Rumus Mengira Keluaran Negara Benar
Keluaran Negara Benar = (Indeks harga tahun asas / Indeks harga tahun semasa) × Keluaran Negara Nominal
Kaedah Jadual Menghitung Keluaran Negara Benar
Tahun
Keluaran Negara Nominal (RM juta)
Indeks Harga Pengguna
Keluaran Negara Benar
(RM juta)
1
600
100
(600/100) × 100 = 600
2
750
120
(750/120) × 100 = 625

No comments:

Post a Comment