Saturday, December 03, 2011

BAB 1 KONSEP KENEGARAAN


KONSEP DAN CIRI-CIRI NEGARA
·         Satu kelompok masyarakat bebas dan berdaulat dalam had sempadan tertentu dan ditakbir oleh kerajaan.
·         Ciri-ciri :
1.    sempadan / wilayah yang tetap dan diiktiraf.
2.    penduduk tetap.
3.    pemerintahan yang sistematik.
4.    kedaulatan dan berupaya mengawal hal ehwal negara.

SISTEM KERAJAAN
a)Kerajaan Persekutuan


       
·         Suatu pemerintahan dimana KP, KN dan KT disekutukan.
·         Kuasa tertentu dan tidak boleh mencampuri bidang kerajaan lain.
·         KP : kuasa lbh menyeluruh (seragam dan selaras) seperti  pertahanan, hubungan luar negara, kewangan.
·         KN : mentadbir negara dalam SN.
·         KT : kuasa lbh kecil.
·         Contoh : Malaysia, India dan AS.

b)Kerajaan Kesatuan

      
·         Suatu pemerintahan dengan pemusatan kuasa oleh KP dan KN dalam pemerintahan.
·         KP : berkuasa.
·         KN : tidak berkuasa (ikut arahan KP).
·         KP berhak untuk mengubah kuasa-Kuasa, sempadan serta membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.
·         Contoh : Britain, New Zealand, Korea Selatan dan Jepun.

c)Kerajaan Konfederasi
      
·         kuasa pentadbiran dan perundangan terletak pada KN.
·         KP mempunyai kuasa yang terhad
·         Wujud atas dasar perjanjian yang longgar bukan perlembagaan
·         sudah tidak wujud lagi pada hari ini.
·         Jerman pada tahun 1867-1871.


BENTUK NEGARA

Monarki
·         Sistem pemerintahan 1 raja.
·         Raja berkuasa mutlak.
·         Tiada pilihanraya, parti politik dan doktrin pengasingan kuasa.
·         Sudah tidak wujud lagi pada hari ini.
·         Jika ada raja berkuasa dalam perlembagaan dan parlimen.
·         Contoh : Arab Saudi, Brunei.

Republik
·         Ditadbir sepenuhnya oleh seorang Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
·         Tidak mempunyai raja.
·         Presiden bertanggungjawab ke atas ketua eksekutif.
·         Contoh : Indonesia, Singapura dan Filiphina.

Demokratik
·         Rakyat mempunyai suara mutlak melalui pilihan raya.
·         Prinsip : kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
·         Badan perundangan dan eksekutif dipilih oleh rakyat.
·         Rakyat 21 tahun ke atas layak mengundi.
·         Pengerusi parti politik yang menang akan memerintah, persetujuan YDPA.
·         Contoh : Malaysia, AS, Singapura dan Indonesia.

Autokrasi
·         Individu atau badan politik sepenuhnya.
·         Persaingan politik terhad.
·         Dikawal tentera.
·         Rakyat terpaksa taat setia.
·         Kebebasan awam dan kuasa kehakiman terhad.
·         Contoh : Malaysia (darurat).


PENGASINGAN KUASA

·         Dikemukakan oleh Montesquieu (ahli falsafah Perancis).
·         Tujuan : Mengelakkan pemusatan kuasa.
·         Terbahagi kepada : eksklusif, perundingan, kehakiman.

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA

·         Berbeza daripada teori asal.
·         Berkuasa secara relatif (bertindan).

                                  

Friday, December 02, 2011

BAB 2 PERLEMBAGAAN

 TAKRIF PERLEMBAGAAN
·         Undang-undang Tertinggi di Malaysia.
·         sumber rujukan utama.
·         digubal untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara.
·         Memperuntukan kuasa dalam bidang :

Bidang Perundangan
Parlimen menggubal dan meminda undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukan Perlembagaan.
Bidang Kehakiman
Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan (terbatal atau tidak sah).
Bidang Pentadbiran
YDPA dan PM mentadbir negara.


JENIS PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN BERTULIS
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
·         Undang-undang digubal dan dipinda oleh Parlimen dicatat dan dijadikan sumber perlembagaan bertulis.
·         Maka, Perlembagaan ialah kuasa tertinggi di Malaysia.
·         Amalan adat tradisi kaum.
·         Di Britain, Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda undang-undang tanpa sekatan.


KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
·         Perlembagaan : Undang-undang Tertinggi di Malaysia.
·         Undang-undang yang bercanggah akan terbatal setakat mana yang bercanggah.

YDPA
·         sebagai Raja Berperlembagaan.
·         tidak boleh menandingi ketertinggian perlembagaan.
·         Kuasa  baginda tertakluk kepada ketetapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Legistif (Perundangan)
·         Parlimen membuat dan menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
·         DUN membuat dan menggubal undang-undang dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
·         Jika Parlimen dan DUN membuat dan menggubal undang-undang di luar bidang kuasa, maka undang-undang tersebut diisytiharkan tidak sah.
·         Ini membuktikan ketertinggian perlembagaan.
Eksekutif (pentadbiran)
·         Kuasa pentadbiran terletak pada YDPA dan dibantu oleh PM dan Jemaah Menteri mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.
·         Peringkat negeri, MMKN menjalankan kuasa yang peruntukan perlembagaan Negeri.
·         Tindakan kerajaan yang bercanggah dengan perlembagaan dianggap tidak sah dan tidak perlu dipatuhi oleh rakyat.
·         Ini menjelaskan ketertinggian perlembagaan dari segi pemerintahan negara.
Kehakiman
·         Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa menyemak undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan sahaja.
·         Tidak boleh gubal undang-undang.


Monday, November 28, 2011

Saya pun sempurna juga

Siapa kata kita tak sempurna? Siapa kata kita tidak hebat? Siapa kata kita lemah?

Salah!!!

Kita semua sama sahaja. Sempurna disisi Allah lebih mulia daripada pandangan mata kasar seorang manusia.

kita ada mata, ada hidung, ada mulut dan ada akal fikiran yang waras.
kita tak cacat, kita semua sempurna.

Sebenarnya rupa paras tidak menjadi ukuran tetapi keyakinan pada diri itu lebih penting.

Saya pun sempurna jika saya yakin saya sempurna.
Allah sentiasa disisi saya, membantu saya dan melindungi saya.

P/s : Keyakinan itu boleh menyerlahkan kecantikan wajah seseorang.