Thursday, August 20, 2015

FORM 1 IN THE BEGINNING OF LIFE

2005

10 tahun lalu, aku memasuki sekolah menengah a.k.a alam persekolahan yang belum tentu semua orang dapat rasai mungkin sama tetapi berbeza jalan cerita kita. Sayangnya tiada catatan aku semasa disini tetapi aku akan menulis mengikut daya ingatan aku hahaha

SMK PUNCAK ALAM

Sekolah menengah yang baru ditubuhkan pada tahun sebelumnya, pengetua sekolah itu adalah Puan Rozainun. Beliau sangat terkenal dengan kegarangannya tapi berjaya membawa nama sekolah dalam sekelip mata. I'm proud with you.

1 UiTM

Ini nama kelasku. Disini kami menggunakan nama-nama universiti sebagai nama kelas. Sepatutnya aku adalah kelas kedua tapi oleh disebabkan wujudnya kelas KRK (kelas rancangan khas) kelas aku dikategorikan sebagai kelas ketiga tapi bagi kelas aliran biasa kelas aku adalah kelas pertama, mungkin...
Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik mengenai NAMA UiTM ini, sedar tak sedar sekarang aku adalah salah seorang penuntut di universiti ini. Mak aku pernah kata, aku pernah menyatakan semasa kami sekeluarga lalu di sebelah UiTM Shah Alam, "hah, ni lah U kak ika". tak ku sangka kata-kata yang ku anggap main-main itu menjadi kenyataan bagi aku, aku sering mendapat kelas UiTM dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

KELAS

Disini kami menggunakan sistem yang bagiku aneh tapi menarik. Kami tiada kelas yang sebenar haha pelikkan. Jika nak ke kelas Bahasa Melayu, pergi ke kelas Bahasa Melayu. Jika nak ke kelas Matematik, pergi ke kelas Matematik. Kesimpulannya kami akan menggendong bag kemana sahaja. Tapi tak pula ku ingat masa rehat, beg letak kat mana? Ke ada almari disediakan masa tu?

SESI PERSEKOLAHAN

Sesi persekolahan adalah satu sesi sebab kitoang tak ramai. Kebanyakan student SMKPA adalah dari sekolah Felda, SKPA1 dan 2. So, aku dapat menghabiskan waktu petangku dengan menonton TV, tidur atau menyiapkan kerja sekolah. Nak ulang kaji memang taklah haha

KAWAN

Seingat aku, aku rapat dengan Seri pada masa itu, kawan aku yang aku kenal sejak sekolah rendah tapi tak rapat manapun dulu tetiba sekolah mengah satu kelas duduklah sebelah meja. Selain dia, aku masih lagi bertegur sapa dengan kawan-kawan sekolah rendah aku. Setiap pagi, sebelum lonceng berbunyi kitorang akan berkumpul di tepi bangunan sekolah dan berceloteh, cerita yang tak habis dari semalam-semalam akan dibawa ke esok-esok.

CRUSH

Yeah... perenggan yang ditunggu-tunggu semua apabila membaca. Ya, tipu kalau aku tak suka sesiapa disini, tetapi siapalah aku yang melukut ditepi gantang hahaha pahe ke makna peribahasa ni ika, sukati je guna. Dulu aku tamak, aku suka kat tiga orang budak, siap hantar surat, mintak biodata bagai. Zaman budak-budak hingusan macam tulah hahaha mana ada Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter macam sekarang. Sekejap je dah boleh stalker-stalker orang.
Smartphone pun takde. yang ada masa tu Friendster ngan MySpace. Maaf. masa ni aku zaman batu lagi tak tau pape, muka suci so aku tak tau apa tu laman-laman sosial ni.