Sunday, January 23, 2011

pengaruh iklan terhadap masyarakat

Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap kali kita mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.

Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang dibawa oleh iklan terhadap masyarakat.

Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat pada era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster, papan iklan gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan dalam kehidupan kita. Jadi, iklan memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan insan di dunia ini.

Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui betapa banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman ini. Pengguna akan menggunakan semua maklumat yang ada di dalam iklan untuk membuat pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan pengguna membeli produk yang terbaik mengikut keperluan mereka.

Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu produk itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba menghasilkan iklan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik minat pembeli. Keadaan ini menyebabkan semua pihak cuba menonjolkan kelebihan produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah, iklan menyebabkan pengeluar memastikan produk mereka menepati mutu seperti yang tersiar di dalam iklan mereka itu.

Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan wanita terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada produk yang tidak mempunyai kaitan dengan wanita tetapi menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan tersebut. Penggunaan model lelaki yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini seolah-olah memberi makna palsu seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah sebegitu atau penggunaan produk ini menyebabkan wanita sebegini akan tertarik kepada seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja kita?

Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi dan krew penerbitan yang berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan di media massa terpaksa membayar kos masa penyiaran yang terlalu mahal. Keadaan ini menyebabkan pengeluar akan meninggikan harga produk mereka untuk memastikan iklan dapat dihasilkan.

Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik. Penayangan iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu walaupun barangan itu tidak mereka perlukan untuk satu tempoh yang lama. Sikap ini menjurus ke arah pembaziran dan pembelian yang boleh menyebabkan pengguna berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu lagi untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat penilaian rasional selepas melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus terburu-buru membeli selepas melihat iklan. Atau mungkin iklan harus diharamkan.

Thursday, January 20, 2011

Karangan Budak Darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. 
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip 
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. 
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. 
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. 
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. 

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. 
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju 
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". 
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak 
saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. 

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. 
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. 
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu 
bertembung dengan sebuah feri.Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. 

Pemandu feri itu sangat marah.Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori 
menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.Mereka bergaduh di udara. 
Emak saya tidak puas hati.Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat 
kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut 
dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. 
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan 
ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu 
lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. 

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus 
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. 
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. 
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan 
ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. 

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang 
bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai 
terperanjat dan semuanya mati. 

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. 
Di pasar,emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.Penjual daging dan peniaga-peniaga 
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik 
ke rumah.Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling 
ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

makroekonomi bab 3


Ekonomi Dua Sektor

  1. Menerangkan komponen utama perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor.
  2. Menganalisis keseimbangan Pendapatan Negara dalam ekonomi dua sektor.
  3. Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor terhadap tingkat kegiatan ekonomi.
Ekonomi Tiga Sektor
  1. Menerangkan komponen utama perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor.
  2. Menganalisis keseimbangan Pendapatan Negara dalam ekonomi tiga sektor.
  3. Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor terhadap tingkat kegiatan ekonomi.
Ekonomi Empat Sektor
  1. Menerangkan komponen utama perbelanjaan agregat dalam ekonomi empat sektor.
  2. Menganalisis keseimbangan Pendapatan Negara dalam ekonomi empat sektor.
  3. Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan agregat dalam ekonomi empat sektor terhadap tingkat kegiatan ekonomi.
Analisis AD-AS
  1. Menerangkan ciri keluk AD-AS dan penentuan keseimbangan AD-AS.
  2. Membandingkan analisis keseimbangan Keynesian dengan analisis keseimbangan AD-AS.
Keseimbangan Pendapatan Negara ialah satu keadaaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi (sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam, dan sektor luar negara) adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Keseimbangan Pendapatan Negara ialah tingkat pendapatan negara (Y) yang tiada lebihan atau kurangan dalam penawaran agregat (AS) atau perbelanjaan agregat (AE).

AS = AE

atau

AS − AE = 0
Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud.

Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZcIz1qZuKHI_MKnWmjKe2kOXiIo9NoXDI-nZ1tCY6vVMr2PymeiuU_h_ojqocGVXlXSlVizHmI5rFqUoIqPDlTUxSgdyQywjS3Qe8Am4dt-ddcMJL4a4PE2_Ubcp9dg5GqCwqpyGfF0A/s400/Bab3a.jpg
Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan) kepada sektor firma (
Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan).
Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).
Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan).
  1. Pendapatan faktor yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk tujuan penggunaan (C) dan tabungan (S), iaitu Y = C + S.
  2. Tabungan oleh isi rumah dan firma di institusi kewangan membolehkan aktiviti pelaburan (I).
  3. Tabungan (S) ialah bocoran atau aliran keluar pendapatan yang akan mengecilkan pendapatan negara.
  4. Pelaburan (I) ialah suntikan atau aliran masuk pendapatan yang akan membesarkan pendapatan negara.
  5. Jika bocoran melebihi suntikan, Y akan berkurangan.
  6. Jika bocoran kurang daripada suntikan, Y akan bertambah.
  7. Jika bocoran sama dengan suntikan (S = I), Y akan kekal tidak berubah (seimbang).
Penggunaan (C) ialah perbelanjaan isi rumah terhadap barangan tawaran firma.
Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan semua isi rumah dengan tingkat pendapatan boleh guna dalam sebuah ekonomi.
Fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:
C = a + bYd
dimana
C = Penggunaan
a = Penggunaan autonomi
b = Kecenderungan mengguna sut
Yd
 = Pendapatan boleh guna
Nota : Memandangkan tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd , Oleh itu, fungsi pnggunaan ekonomi dua sektor boleh ditulis sebagai
C = a + bY.
Jadual Penggunaan
Huraian:
  1. Y, C
  2. Y = 0, C = 100 : Penggunaan autonomi / perbelanjaan isi rumah yang tidak dipengaruhi
    oleh pendapatan negara.
  3. Y = 200, C = 200 : Semua pendapatan dibelanjakan; Tabungan S = 0.
  4. Fungsi Penggunaan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan C.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH5j0yJo2P6rYStoWgls8lVumxbMFLfmQwkxIUoP_t1IMZraMHlxCEiOG5195FVoiwpSB5H7nl9cMGmLa0H9wCJdPObhZRibHZMFI6QATfB7TJCpMae-Xb8yS-qnRfo210LUMptz4Ctak/s400/Bab3c.jpg

    1. Huraian : Fungsi penggunaan bercerunan positif menunjukkan bahawa hubungan Y dan C adalah secara langsung.
  1. Tingkatan Pendapatan Boleh Guna
    Secara umum, penggunaan isi rumah bergantung pada tingkat pendapatan boleh guna. Semakin tinggi pendapatan boleh guna, semakin tinggi penggunaan isi rumah. Hubungan antara penggunaan isi rumah dengan pendapatan boleh guna dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:

    C = f(Yd)

    di mana

    C = Penggunaan isi rumah
    Yd
     = Pendapatan boleh guna
  2. Kadar bunga dan Syarat Pinjaman
    Apabila kadar bunga dalam pasaran merosot, kos pinjaman akan menjadi lebih murah. Oleh itu, perbelanjaan penggunaan dalam negara akan menjadi lebih tinggi. Perbelanjaan penggunaan juga akan meningkat jika syarat pinjaman yang dikenakan oleh bank-bank semakin longgar.
  3. Pengagihan Pendapatan Negara
    Pengagihan pendapatan dalam negara yang setara, di mana golongan miskin tidak diabaikan, akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan.
  4. Sumber Harta Kekayaan
    Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tingi perbelanjaan penggunaan.
  5. Kemudahan Sewa Beli dan Kemudahan Kredit
    Kemudahan sewa beli dan kredit yang longgar akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan.
  6. Jangkaan Terhadap Harga Pada Masa Hadapan
    Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan naik pada masa hadapan akan meninggikan perbelanjaan penggunaan.
  7. Penciptaan Barang Baru
    Perbelanjaan penggunaan akan meningkat apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.
  1. Tabungan (S) ialah pendapatan yang tidak dibelanjakan.
  2. S dipengaruhi oleh pendapatan negara (Y) dan pendapatan boleh guna (Yd).
  3. Dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd kerana tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma.
  4. Apabila Y atau Yd , maka S . Begitu juga sebaliknya.
  5. Jadual Tabungan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieG7_M8oRLETRR_iOqrh-9Ze2Uz4vFMm0fqeP8sQcz0FldQWooM3mSLkcbPqXa54q24DvebjZ2f6BAbTglLRBGeO4YeNKVFZk264yl8qc-XjWQado7cDsQUBSW1LJw9fUe8-f8Om6UF6c/s400/Bab3d.jpg

Huraian:
    1. Y, S
    2. Y = 0, S = −100 : Tabungan masa-masa lalu isi rumah berkurangan sebanyak RM100 untuk membayar penggunaan autonomi isi rumah / makan tabungan.
    3. Y = 200, S = 0 : Semua pendapatan dibelanjakan.
  1. Fungsi Tabungan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan S.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbQqvVSR3pfBwktPV5BWEXoYw8I7-WMZtWzEC10P3wBJh5kwb3Cw1bvExB-aM9gUWlFXf0AA1UqjPKAG4yfTaHO9pe2gn3M1sepMakgEYmbL2NiW5FrXYlIp8FjpoWoh5GvqJGzW7IkeQ/s400/Bab3e.jpg

Huraian : Fungsi tabungan berkecerunan positif : Hubungan Y dan S adalah secara langsung.
  1. Persamaan Tabungan : S = c + dY dimana
    c = tabungan autonomi
    dY = tabungan teraruh / aruhan / S dipengaruhi oleh ∆Y
  1. Y = C + S.
  2. Kecenderungan Mengguna Purata (APC).
    1. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan.
    2. APC = C / Y.
    3. APC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY.
  3. Kecenderungan Menabung Purata (APS).
    1. Bahagian pendapatan yang ditabungkan.
    2. APS = S / Y.
    3. APS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = −a + dY.
  4. APC + APS =1.

    Bukti 1: Kaedah Jadual 
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5H4mk6dadWYfpyvVaJGyUKQ26Q1SC_XdCjwT0AtPOfVhI7PVI1wIj1LRUmPUJaEHABSWa3RC1TO_le0iYy2O0AwzdLIIPOuVGKG5lTPP_1gY8_82wnD7xIb2G-PII-zyl6couKVPgfDc/s400/Bab3f.jpg
    Bukti 2: Kaedah Persamaan
    Y = C + S
    Bahagikan dengan Y
    Y / Y = C / Y + S / Y
    1 = APC + APS
    Oleh itu, APC + APS = 1
  5. Kecenderungan Mengguna Sut (MPC)
    1. Perubahan dalam penggunaan akibat daripada perubahan dalam pendapatan negara.
    2. MPC = ΔC / ΔY
    3. MPC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY.
    4. Kecerunan fungsi penggunaan menggambarkan nilai MPC.
    5. Fungsi penggunaan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPC adalah malar pada setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan penggunaan bagi setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap.
  6. Kecenderungan Menabung Sut (MPS)
    1. Perubahan dalam tabungan akibat daripada perubahan dalam pendapatan negara.
    2. MPS = ΔS / ΔY
    3. MPS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = −a + dY.
    4. Kecerunan fungsi tabungan menggambarkan nilai MPS.
    5. Fungsi tabungan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPS adalah malar pada setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan tabungan bagi setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap.
  7. MPC + MPS =1

    Bukti 1: Kaedah Jadual
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7ivGHofVBmY4H-lMjoU_mgcI01HFF0N3clU8GBh8SrK8yVng6CuBJ4Akh0MlVYxZMc7FgIjDfso6ti1QSUBfWZjNyxtjosAU0CDmz36thNr1GSSPYmbOKfB0za6R-DagzPqpxrNIIpCM/s400/Bab3g.jpg

    Bukti 2: Kaedah Persamaan
    Y = C + S
    ΔY = ΔC + ΔS
    Bahagikan dengan ΔY
    ΔY / ΔY = ΔC / ΔY + ΔS / ΔY
    1 = MPC + MPS
    Oleh itu, MPC + MPS = 1
  1. Saiz Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna: Kemampuan masyarakat membuat tabungan meningkat apabila Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna meningkat.
  2. Kecenderungan Menabung Sut (MPS): Semakin tinggi MPS, semakin besarlah tabungan. Antara faktor-faktor mempengaruhi MPS / Tabungan termasuk:
    1. Pengagihan pendapatan dalam negara tidak setara (golongan miskin diabaikan) meningkatkan MPS dan S.
    2. Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tinggi MPS dan S.
    3. Kemudahan sewa beli dan kredit menurunkan MPS dan S.
    4. Kenaikan kadar bunga meningkatkan MPS dan S.
    5. Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan turun pada masa hadapan akan meninggikan MPS dan S.
    6. MPS dan S menurun apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.
Pelaburan ialah perbelanjaan terhadap barang modal yang dilakukan oleh sektor firma, contohnya perbelanjaan terhadap loji, bangunan dan jentera.
Jenis-jenis pelaburan :
  1. Pembentukan modal fizikal tetap seperti mesin dan jentera dengan tujuan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masa hadapan.
  2. Pertambahan dalam inventori / stok bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap dengan tujuan meningkatkan penawaran pada masa hadapan.
  3. Pembinaan harta tetap seperti bangunan kilang, pejabat, dan rumah kediaman dengan tujuan menambahkan pendapatan dan kapasiti pengeluaran pada masa hadapan.
Pelaburan merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.
Pertambahan pelaburan akan
  1. Mempergiatkan pengeluaran,
  2. Menambahkan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran,
  3. Menambahkan keluaran negara,
  4. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi.
Fungsi Pelaburan ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dan pelaburan:
I = a + bY
di mana
I = pelaburan,
a = pelaburan autonomi, dan
bY = pelaburan terangsang / teraruh
Pelaburan Terangsang / Teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara.
Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak bergantung pada pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara berubah, tingkat pelaburan adalah tetap sama.
Pelaburan autonomi bergantung kepada
  1. Kadar bunga,
  2. Kecekapan modal sut / kadar pulangan pelaburan,
  3. Kemajuan teknologi,
  4. Jangkaan masa hadapan,
  5. Kos pengeluaran,
  6. Polisi kerajaan,
  7. Kestabilan politik dan sosial, dan
  8. Kestabilan nilai wang negara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4zi1ZYw7y3B-nfJFghYbAFJ7If-TUMgkHhlVfTTukJ73KFCMTpGWNIa8AXLm4dJeXb_EwK8kwenoHKBKnoUjKyRRBay3vHFGxed1kzrOYFiMtX_xiDSrNHL4AO_SDDLGqHqOfxHCqgCk/s800/Bab3h.jpg
Berdasarkan rajah di atas, keluk pelaburan autonomi merupakan satu garis mendatar, manakala keluk pelaburan teraruh merupakan satu garis lurus yang mecerun ke atas dari kiri ke kanan.
Pelaburan Bersih ialah nilai pelaburan yang diperoleh setelah pelaburan kasar ditolak dengan susut nilai.
Dalam bentuk rumus,
Pelaburan bersih = Pelaburan kasar – Susut nilai
Pendapatan Negara
Mempengaruhi pelaburan terangsang secara langsung.
Apabila Y , C akan . Oleh itu, I akan untuk AS supaya dapat memenuhi pertambahan dalam C.
Kadar bunga
Mempengaruhi pelaburan autonomi secara songsang.
Apabila kadar bunga , kos pinjaman akan , I akan .
Kecekapan Modal Sut / Kadar Pulangan Pelaburan
Pelabur akan melabur jika (Kadar pulangan pelaburan − kadar bunga pinjaman) adalah positif.
Keynes menganggap kadar pulangan pelaburan sebagai kecekapan modal sut (MEI).https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh64m722-azjANqX8TXZUYZRfjcmanLX8kfhlNaV0zKIhX3b0FjpAyR9n2pRSQzXjJpyUfpGNBhzaiFIddpxBaoSAVKjzbYYSIzoCJfhLw31PRZvMrGq9uvxGgwXK-yt5_1W-evEw09Q5A/s400/Bab3i.jpg
Kemajuan Teknologi
Penggunaan mesin dan komputer yang lebih canggih meninggikan kecekapan firma dan pekerja. Kadar pulangan pelaburan (MEI) bertambah / keluk MEI pindah ke kanan
Jangkaan Ekonomi Masa Hadapan
Jangkaan ekonomi masa hadapan yang menggalakkan MEI.
Jangkaan ekonomi masa hadapan yang tidak menggalakkan MEI.
Kos Pengeluaran
Kenaikan kos pengeluaran memindahkan MEI ke kiri / projek-projek dibatalkan. I .
Polisi Kerajaan
Polisi cukai keuntungan syarikat: T , I .
Polisi pemberian taraf perintis: Pemberian taraf perintis akan I.
Kestabilan politik dan sosial
I kerana menjamin pulangan yang baik kepada para pelabur.
Kestabilan nilai mata wang negara
I pelabur-pelabur asing kerana menjamin pulangan pelaburan yang dikirim ke negara-negara asal mereka
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqkb3varyQrYu25nU5a3i1ThKXsL4YB8fiEQ5lkuFYZCcbe1M3KMQPGT9vCHfX7NxZIasfU6XgIaqXKzHWQiRUpkc2dyG6Ln2E9hY61day0j5CeV0eqTedhyphenhyphenNE1GNZIMNCB7Mk76b2qDw/s400/Bab3j.jpg
  1. Barang modal dan stok simpanan mengalami susut nilai akibat daripada kerosakan melalui masa.
  2. Pelaburan Kasar adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menggantikan stok modal yang telah rosak.
  3. Pelaburan Bersih adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menambahkan daya pengeluaran firma. Nilai ini menggambarkan nilai stok modal dalam ekonomi / Pertambahan In bermakna I dan Y .
Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Dua Sektor ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).
Sektor isi rumah membuat perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan bagi tujuan penggunaan (C).
Sektor firma membuat perbelanjaan terhadap barang modal bagi ujuan pelaburan (I).
Jadi, jumlah perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor meliputi penggunaan (C) dan pelaburan (I).
AE = C + I
Oleh itu, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor tercapai apabila perbelanjaan agregat (C + I) sama dengan penawaran agregat (Y).
Y = C + I
I = suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.
I , Y akan .
S = bocoran daripada aliran pusingan pendapatan.
S, Y akan .
Pada keseimbangan ekonomi dua sektor, I = S.
Buktikan I = S
AS = Y = C + S
AE = C + I
AS = AE
C + S = C + I
S = I
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9-Q74VQn1u-EdgroS_ymkY_I3pfdQqEW9r1O4P6qqLG8EFGUGVdYU6Egwbw8kD3Rbx0MRkEgyC8XnbXTgnxHwdIRiipnT1MGS9JZUavppvL2JyuQtPJKJrZNcpiH6Xk4poeldt2HgMzI/s400/ME3.5a.jpg

Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40
Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVgeA9q6Q6z_bIaoR4jYcJ7Q4X8RWZX-eG_X0VoZRPBOz8nmdh-xtblWfXS2710CrMTNEeZ_61koRBSjcKnQqVpGbF2W7ICRkN2W1LmQiXqSzhlx7TU8jbLX1BtYgbrC67C1q8azCaQFs/s400/ME3.5-2B.jpg
Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40 Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40
Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat (AS = AE)
C = 300 + 0.6 Y
I = 1500
Cari Y.

Y = C + I = 300 + 0.6 Y + 1500 = 1800 + 0.6 Y
1Y = 1800 + 0.6 Y
0.4 Y = 1800
Y = 4500

Pendekatan Suntikan Dan Bocoran (I = S)
S = −300 + 0.4 Y
I = 1500
Cari Y.

S = I
− 300 + 0.4 Y = 1500
0.4 Y = 1800
Y = 4500
Pengganda dalam ekonomi dua sektor ialah nisbah antara perubahan tingkat pendapatan negara dengan perubahan tingkat pelaburan.
M = ∆Y / ∆I
di mana
M = Pengganda
∆Y = Perubahan pendapatan negara
∆I = Perubahan tingkat pelaburan
  1. Secara langsung oleh C dan I (Perubahan suntikan).
  2. Secara tak langsung oleh S (Perubahan bocoran).
Diberikan C = 20 + 0.5 Y,

Apabila I = 40
Y = C + I = 20 + 0.5Y + 40
Y = 60 + 0.5Y
Y − 0.5Y = 60
Y = 120
Apabila I = 50
Y = C + I = 20 + 0.5Y + 50
Y = 70 + 0.5Y
Y − 0.5Y = 70 Y = 140

Kesimpulan:
Perubahan I daripada 40 kepada 50 : I = +10
Perubahan Y daripada 120 kepada 140 : Y = +20

Pengganda M = ∆Y / ∆I = 20 / 10 = 2

Kesan I ke atas Y dalam bentuk rajah:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMihcjghtE3Y0tNUI3x-eT9Cs7s449yqegjHNeAmXA7aTP33JgR6G34UyiSMfllre94-2oCwNHZHJhYip1cxW3-lznn4NyIcvdafCq-O2DwmeHpNz_Ul6wyPQfI-h-pQq3RVczwcbhfEA/s400/ME3.6a.jpg
(a) Takrifkan cukai berkadar. ……….[2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka dan rajah, terangkan kesan cukai berkadar terhadap fungsi penggunaan……….[4]

(a) Cukai berkadar ialah cukai yang kadarnya adalah tetap pada pelbagai tingkat pendapatan negara. Misalnya, cukai dikenakan sebanyak 20% daripada pendapatan negara (0.2Y). Walaupun kadar cukai adalah tetap, jumlah cukai yang dibayar semakin bertambah apabila pendapatan bertambah. Contoh cukai berkadar ialah cukai keuntungan syarikat.

(b) Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah

C0
 = a + bYd

Fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah

C1
 = a + b(Y – T)

Contoh:
Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah
C0
 = 100 + 0.8Yd

Cukai berkadar dikenakan sebanyak 0.2Y. Oleh itu, fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah
C1
 = 100 + 0.8(Y – 0.2Y)
     = 100 + 0.8Y – 0.16Y
C1
 = 100 + 0.64Y

Ini bermakna fungsi penggunaan sebelum dan selepas cukai berkadar adalah berbeza dari segi niai b, iaitu MPC, dengan b sebelum cukai berkadar ialah 0.8Y, manakala b selepas cukai berkadar ialah 0.64Y. Nilai a, iaitu penggunaan autonomi tidak berubah, iaitu tetap 100. Ini bermakna keluk penggunaan selepas cukai berkadar akan menjadi lebih landai seperti ditunjukkan pada rajah di bawah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0j8P_1pQKtc8gilWhIVDpilNsKDUkYATlhlKAh30hAp5HFm2zlGJLurHK3vQiePv9r3fVBKrqoW4q3SOB_5EjS2FJDsVKXMd_jXrsoR0KAzMUMLZ8cERtpfUC6A3Uxb_ObLjmgLqlNzse/s400/Takrifkan+cukai+berkadar.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwjMcQgdQFFNtNq18qkpS93Gy5z-mIcoQM_vb3rnHxv7axmMJto2dklq1NTlAwSMMZuKA4KErQh88OUNDd7_IVx3_CIrNQ0yGgiTRjhqKK9IJFS4AZMahRDNwdBLERa-jNhDR3BL0nWiSg/s400/Carta+Aliran+Ekonomi+3+Sektor.jpgAliran pusingan pendapatan merujuk kepada aliran pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma dan kerajaan.

Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor melibatkan sektor isi rumah, firma dan kerajaan.

Isi rumah akan menerima pendapatan daripada firma, iaitu gaji dan upah, sewa, bunga dan untung kerana isi rumah telah menawarkan faktor pengeluaran kepada firma untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma dan ini dinamakan perbelanjaan penggunaan. Namun, sebahagian daripada pendapatan itu akan ditabungkan dalam institusi kewangan. Tabungan merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan.

Institusi kewangan akan meminjamkan tabungan isi rumah kepada pelabur untuk membuat pelaburan dalam firma. Pelaburan merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan.

Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap isi rumah dan firma. Isir rumah dikenakan cukai pendapatan perseorangan, manakala firma dikenakan cukai keuntungan syarikat. Cukai merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan. Cukai merupakan sumber hasil kerajaan. Kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk membuat perbelanjaan kerajaan yang disalurkan melalui isi rumah dan firma. Misalnya, kerajaan akan membayar gaji dan upah kepada isi rumah yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kerajaan pula akan membina jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital kerajaan melalui pelaburan yang dilakukan oleh firma. Perbelanjaan kerajaan terhadap firma dan isi rumah merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan.

Oleh itu, dalam ekonomi tiga sektor, mengikut pendekatan penawaran agregat-perbelanjaan agregat., keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila Y = C + I + G, manakala mengikut pendekatan bocoran-suntikan, keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila S + T = I + G.
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.
Disebut sebagai sistem ekonomi tertutup dengan penglibatan kerajaan.
Sektor negara asing tidak wujud.
Peranan Kerajaan
  1. Mengutip hasil cukai kerajaan.
  2. Perbelanjaan kerajaan
  1. ΔAE berlaku secara langsung akibat perubahan dalam suntikan seperti ΔC, ΔI dan ΔG.
  2. ΔAE berlaku secara tak langsung akibat perubahan dalam bocoran seperti ΔS dan ΔT.
  3. ΔAE mengakibatkan perubahan dalam keseimbangan pendapatan negara (ΔY) melalui proses pengganda.
Kesan ΔGhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmcaPHlR2G_xsTvptgW4pxqRUbf_YqcZfxVwoaQGzK7897OigbVSj-MI4yQprYlKyz9xt_bbRwdiDHrjMy43Whe9yaDEnvkcrSCCsLFfnMHaNn2xa1le6V1lYnC9lHTXL2s5cNqgZn2pA/s400/ME3.10a.jpg
Analisis AS=AE
  1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
  2. Apabila +ΔG, AE0  AE2 dan Y = C + I + G + ΔG (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.
  3. Apabila −ΔG, AE0  AE1 dan Y = C + I + G − ΔG (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.
Analisis Suntikan-Bocoran
  1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
  2. Apabila +ΔG, J0  J2 dan I + G + ΔG = S + T (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.
  3. Apabila −ΔG, J0 J1 dan I + G − ΔG = S + T (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.
Diberikan C = 100 + 0.75Y,
I = 500,
G = 300
(a) Cari M jika ΔG =200 dan ΔY =800
Cara Penyelesaian :
M = ΔY / ΔG
M = 800 /200
M= 4.
(b) Cari ΔY jika ΔG =−100
Cara Penyelesaian :
M = ΔY / −100
Cari (a), M = 4
ΔY = 4 x −100
ΔY = −400
(c) Cari Y baru jika ΔG =−100
Cara Penyelesaian :
Y = C + I + (G + ΔG)
Y = (100 +0.75Y) + 500 + (300−100)
Y = 800 + 0.75Y
0.25Y = 800
Y = 3200
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_5LGk_Vf8XNgQjNSfyAxt_wqbhjM-y5RzpqSrhfK6x7GiQwkPb9Te9IdFuP83R5FTp41dTgiEBrdIku1TGnFft73bNgxPO8uBw2gxx7YNfG5mpp6IbmjKa23crmXAJP-kIQnCXrW-qxs/s400/ME3.10b.jpg
Berasaskan rajah di atas,

(a) Cari M
Cara Penyelesaian:
M = 1 / (1 − MPC)
M = 1 / (1 − 0.8)
M = 1/0.2
M = 5

(b) Cari Y2
Cara Penyelesaian :
ΔY = ΔG × M
ΔY = 100 × 5
ΔY = 500

Y2
 = 4500 + ΔY
Y2
 = 4500 + 500
Y2
 = 5000 (RM juta)

(c) Cari ΔG jika Y jatuh daripada RM4500 juta kepada RM3000 juta
Cara Penyelesaian :
ΔY = −1500 (RM juta),
Dari (a),M = 5
ΔG = ΔY / M
ΔG = −300 (RM juta)
Definisi Cukai Tetap

Cukai tetap juga dikenali sebagai cukai sekali gus atau cukai lump-sum.

Cukai lump-sum ialah cukai yang mempunyai jumlah yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot.

Misalnya, cukai sebanyak RM100 (T = 100) dikenakan terhadap individu tanpa mengambil kira tingkat pendapatan mereka.

Peningkatan cukai lump-sum akan menurunkan penggunaan autonomi (C) sebanyak
 ΔC = MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat mennurun.

Pengurangan cukai lump-sum akan meningkatkan penggunaan autonomi (C) sebanyak
 ΔC = MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat.

Kesan cukai tetap terhadap keluk penggunaan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio5hG3pFeu7VhJPGE29ZkfjxjIhcM7oL4jVAQ3SOVC1Za9AIzR_iJms7uB1LjcufC4AnIJZiy8EeadW35I3k1scQFznQRdviEVHID1xltZpkkr5Db7VF_9Epj46IdTBmvEXfqL5O9dIEZX/s400/bab3cukaitetap.jpgApabila cukai lump-sum dikenakan, pendapatan boleh guna akan merosot.

Kejatuhan pendapatan boleh guna menggurangkan penggunaan sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Apabila penggunaan merosot, keluk perbelanjaan penggunaan akan beralih ke bawah secara selari.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai lump-sum dikenakan, keluk penggunaan akan beralih ke bawah secara selari dari C ke C1(dengan kecerunan yang tetap sama).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8lc8XwjJeHTHHTml2Yh8tsICvHFHKbT-xzuSKlWdRkNIeWDkFPHqoHpKBTXq8n_yOdRIwGOPA9DXnw_msxCwYugPFhk8fYOkMONpIe5yidweamtWVP0zBainPcggjmccFqEDYB6E0ikU/s400/ME3.10c.jpg
Analisis AS=AE
  1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G.
    Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

  1. Apabila ΔT, AE0  AE1 dan Y = C + I + G − ΔC (titik K).
    Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1
     mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

  1. Apabila ΔT, AE0  AE2 dan Y = C + I + G + ΔC (titik M).
    Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2
     mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

Analisis Suntikan-Bocoran
  1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T.
    Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

  1. Apabila ΔT, W0  W1 dan I + G = S + T + ΔT (titik P).
    Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1
     mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

  1. Apabila ΔT, W0  W2 dan I + G = S + T − ΔT (titik R).
    Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2
     mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .
Definisi Cukai Berkadar

Cukai berkadar ialah cukai yang mempunyai kadar yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot.

Contohnya, cukai sebanyak 10% dikenakan daripada jumlah pendapatan (T = 0.1Y).

Kesan Cukai Berkadar Terhadap Penggunaan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2URJZAwt3V4BDokYpy0L1iT4jxyCAnu_cjcESqept37xhmroNr319qTUIZnvXVohM8HHQTgVvFKPOCCRgUKnhgEG1xmCXEpnzgWpQMC92jtZ1wDhKlKBYR5TVATRgsNY65IxAuT-hTW6O/s400/bab3cukaiberkadar.jpgApabila cukai berkadar dikenakan, nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) merosot dan ini akan menyebabkan keluk penggunaan menjadi lebih landai.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai berkadar dikenakan, keluk penggunaan akan beralih dari C ke C1
 dan menjadi lebih landai (tanpa mengubah nilai penggunaan autonomi).

Kesan Cukai Proposional (Cukai berkadar) terhadap AEhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_YwSg4Bved9hKqOxC5S8-Qn9-XX85QbKpZ4Ts6ke8voLZNK2gRQpDXzFre-BwsrxceehqTF3JQN7_LDITLY1XG0VODz8ClMVxPsHIB9biNgpbWDq_1r_9KvOwLoBRR6ESD4irJfqJvQs/s400/ME3.10d.jpg
Analisis AS=AE
  1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
  2. Apabila +ΔT, AE0  AE1, MPC dan Y = C + I + G − ΔC (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1melalui proses pengganda M=1/[1−MPC(1−t)].
  3. Apabila −ΔT, AE0  AE2, MPC dan Y = C + I + G + ΔC (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

Analisis Suntikan=Bocoran
  1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
  2. Apabila +ΔT, W0  W1, MPS dan I + G = S + T + ΔT (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].
  3. Apabila −ΔT, W0  W2, MPS dan I + G = S + T − ΔT (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

Penghitungan pengganda Cukai dengan formula M = 1/[1−MPC(1−t)]
  1. C = 300 + 0.6Y, T = 0.1Y.
    Cari M

    Cara Penyelesaian:
    M = 1 / [1 − 0.6(1−0.1)]
    M = 1 / [1−0.54]
    M = 1 / 0.46
    M = 2.17.
  2. MPC = 0.75.
    Cari ΔY jika Kerajaan menurunkan cukai lump-sum sebanyak RM100 juta.

    Cara Penyelesaian :
    ΔC = 0.75 × 100 = RM75 juta
    ΔY = M. ΔC
    ΔY = [1/(1 − MPC)] × ΔC
    ΔY = [1/(1 −0.75)] ×RM75 juta
    ΔY = RM300 juta.
Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka dicapai apabila S + T + M = I + G + X

Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6OXMf03E90PIeo78f3SjipD4phNbNhrNRfBruaIZabgByLgTxT9AAh2dNTM-HLXNfCW_dc0tHOlbAnvXgL0TVWi0GGJL8wRml6LOfoZZGrfbdJT83wGA0NWo0lLNpP4xch1Hd1Mg5oLH5/s800/rajah+bocoran.jpgPada pendapatan negara Y1, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y1a, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y1b. Oleh itu, suntikan melebihi bocoran sebanyak ab. Lebihan suntikan menyebabkan pendapatan negara bertambah dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y2, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y2c, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y2d. Oleh itu, bocoran melebihi suntikan sebanyak cd. Lebihan bocoran menyebabkan pendapatan negara berkurang dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.
  1. Ekonomi terbuka merujuk kepada ekonomi yang wujudnya perdagangan antarabangsa.
  2. Ekonomi terbuka juga dikenali sebagai Ekonomi Empat Sektor yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan, dan sektor negara asing.
  3. Perdagangan antarabangsa mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y):
    1. Eksport (X) meningkatkan Y manakala Import (M) merendahkan Y.
    2. Y meningkat jika eksport bersih (X − M) meningkat.
    3. Y menurun jika eksport bersih (X − M) menurun.
  1. Pelaburan (I), Perbelanjaan Kerajaan (G) dan Eksport (X) merupakan suntikan yang akan meningkatkan Y.
  2. Tabungan (S), Cukai (T) dan Import (M) merupakan bocoran yang akan merendahkan Y.
Aktiviti Kelas
Lukiskan Carta Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Terbuka.
Fungsi Eksport menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.
Keluk fungsi eksport berbentuk garis mendatar menunjukkan bahawa X tidak dipengaruhi secara langsung oleh Y. Y atau tetapi X adalah malar.
Faktor-faktor ΔX selain daripada Y (Fungsi X naik ke atas / turun ke bawah secara selari)
  1. Perubahan cita rasa pengguna negara asing (kesan +)
  2. Perubahan pendapatan negara asing (kesan +)
  3. Perubahan kadar pertukaran asing − X jika kadar pertukaran asing Malaysia
  4. Perubahan teknologi pengeluaran − Kos pengeluaran , harga X , DD negara luar .
  5. Dasar perdagangan negara asing − Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import, embargo dll.
  6. Berlakunya inflasi dalam negara − Kos eksport , harga eksport , DD negara asing .
Huraian guru dalam kelas tentang bentuk graf untuk fungsi X apabila X ↑↓.
Huraian guru dalam kelas tentang tentang Hasil Eksport = Harga Eksport × Kuantiti Eksport
Fungsi Import menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.
Keluk Fungsi Import mencerun ke atas dari kiri ke kanan, menunjukkan bahawa M dipengaruhi secara langsung oleh Y: Y M manakal Y M
Faktor-faktor ΔM selain daripada Y (Fungsi M anjak ke kanan/ kiri secara selari apabila M naik/ turun)
  1. Perubahan cita rasa pengguna dalam negara. (kesan +)
  2. Perubahan kadar pertukaran asing : M jika kadar pertukaran asing Malaysia .
  3. Perubahan harga atau mutu barang pengganti import : harga barang pengganti import atau mutu barang pengganti import , M
  4. Dasar perdagangan negara : Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import, embargo dll.
  5. Berlakunya inflasi dalam negara : M kerana harga import lebih murah (andainya negara asing tidak mengalami maslah inflasi)
Fungsi import: M = M0 + mY di mana M = import, M0 = import autonomi, m = kecenderungan mengimport sut (mpm) dan Y = pendapatan negara.

Aktiviti : Lukis graf M = 50 + 0.2Y.
Jelaskan hubungan antara M dan Y.
Aktiviti mengira M apabila Y
daripada RM100 juta kepada RM200 juta.
Huraikan konsep mpm, apm, dan Impo
rt Autonomi.
Huraian tentang Hasil Import = Harga Import × Kuantiti Import
Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Terbuka ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam dan sektor luar negara adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).
Pendekatan AS = AE

AS = Y + M
AE = C + I + G + X
AS = AE
Y + M = C + I + G + X
Y = C + I + G + (X − M) di mana (X − M) ialah eksport bersih.
  1. Pendekatan Suntikan = Bocoran

    Suntikan J = I + G + X
    Bocoran W = S + T + M
    J = W
    I + G + X = S + T + M
  2. Huraian Guru tentang Keseimbangan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Rajah (Melukis graf kemudian hurakan)
    1. Pendekatan AS = AE
    2. Pendekatan Suntikan = Bocoran
  3. Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara melalui pendekatan persamaan:
    1. Berasaskan soalan berikut:
      Andaikan C = 50 + 0.8Yd,
      I =300,
      G= 100,
      M = 20 +0.2Y,
      T = 50,
      X = 100.
      Cari Y.

      Y = C + I + G + (X − M)
      Y = 50 + 0.8(Y − 50) + 300 + 100 + (100 − 20 − 0.2Y)
      Y = 50 + 0.8Y − 40 + 400 + 80 − 0.2Y
      Y = 490 + 0.6Y
      0.4Y = 490
      Y = 1225
Kesan AE terhadap Y
  1. ΔC, ΔI, ΔG, atau ΔX ΔY
  2. ΔS, ΔT, ΔM ΔY
  3. Huraian graf tentang ΔX terhadap ΔY (+)
  4. Huraian graf tentang ΔM terhadap ΔY (−)
  5. Huraian graf tentang (ΔX − ΔM) terhadap ΔY (+)
7.    Inflasi tolakan kos wujud apabila kos pengeluaran semakin meningkat. Kos pengeluaran meningkat mungkin disebabkan kenaikan upah atau harga input pengeluaran lain.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9sfjVi4U6yAR75ppyMy0yTnZ0URcrruzXu-tILbfnSzE7L74yOatW-2XXGWrpI9SDcht4yBWeKT2eRk2p1cqezSE566mtU2n2oY2LIMTTqV9oIE0c0kvPgtOlJkrIeIADfFWVZGueZh4Q/s400/3ad1.jpgBerdasarkan rajah di atas, tingkat harga umum dan keluaran negara benar asal masing-masing ialah P1 dan Y1, di mana AS1 = AD1 pada titik E1. Dengan kenaikan kos pengeluaran, kos penawaran agregat beralih ke kiri dari AS1 ke AS2. Kesannya, tingkat harga umum naik dari P1 ke P2 dan keluaran negara benar merosot daripada Y1 kepada Y2.
8.   
Inflasi tolakan kos dapat dikurangkan dengan meningkatkan daya pengeluaran pekerja atau melalui penggunaan teknologi yang lebih baik. Apabila daya pengeluaran pekerja (atau penggunaan teknologi tinggi) meningkat, tingkat keluaran turut meningkat. Kesannya, keluk penawaran agregat akan beralih ke kanan. Peralihan keluk penawaran agregat ke kanan akan menyebabkan tingkat harga umum merosot, dan keluaran negara benar meningkat. Kejatuhan tingkat harga umum akan mengurangkan inflasi tolakan kos.